Seperti yang anda sedia maklum, pembeli sebelum ini telah diberikan hak untuk meminta bayaran balik dan memulangkan barangan yang tidak menepati kriteria kepada penjual tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran.

Hal ini kerana, caj tersebut telahpun ditanggung oleh Shopee. Namun kini, Shopee mula mengumumkan bahawa caj tersebut akan ditanggung oleh penjual pula. Caj ini merangkumi Yuran Penghantaran Dimajukan (FSF) dan Yuran Penghantaran Pulangan (RSF).

Apa itu FSF dan RSF?

Return Shipping Fee (RSF) atau Yuran Penghantaran Pemulangan merupakan kadar bayaran penghantaran sebenar yang dikenakan oleh rakan kongsi logistik untuk perkhidmatan pulangan semula penghantaran.

Manakala Forward Shipping Fee (FSF) atau Yuran Penghantaran Dimajukan pula adalah caj penghantaran yang dikenakan untuk pesanan penghantaran daripada penjual ke alamat pelanggan.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, bagi pesanan yang berjaya, FSF sememangnya akan ditanggung oleh pembeli. Manakala RSF pula ditanggung oleh Shopee.

Tetapi kini, bermula dari 9 Mei 2022, FSF dan RSF akan ditanggung oleh penjual untuk pesanan yang tidak berjaya sekiranya ia disebabkan oleh kesalahan penjual sewaktu menguruskan pesanan.

Namun, jika penjual mendapati ia bukan disebabkan oleh kesilapan dari pihak mereka, maka bayaran tersebut akan dibayar balik sewajarnya. Syaratnya, penjual perlu menyerahkan bukti sah dan haruslah mendapat kelulusan Shopee dengan memenangi kes yang dibuka oleh pembeli.

Usah risah, jika tiada pemulangan item fizikal dilakukan oleh pembeli, tiada bayaran akan dikenakan kepada penjual untuk RSF. Manakala untuk FSF, penjual juga tidak akan dicaj atas sebarang sebab pulangan dan bayaran balik yang dikemukan oleh pembeli sekiranya kesilapan tersebut di luar kawalan mereka