Carian
Ketahui 70 Lokasi Mesin ATM Maybank Menawarkan Servis Tukar Duit Raya – RM10 Dan RM50 Sahaja
April 20, 2022 Lina Rosli

Setelah dua tahun menyambut Syawal di perantauan, pastinya ramai individu sudah mula melakukan persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Jika anda lihat di pasaraya dan kompleks membeli-belah, ramai individu kini mula sibuk mencari mendapatkan baju raya yang baharu, sajian kuih raya yang ingin dihidangkan pada tetamu dan juga barang hiasan bagi meraikan hari raya bersama yang tersayang.

Tidak ketinggalan, pasti juga ramai yang sedang mencari-cari lokasi untuk menukar duit raya yang ingin diberikan kepada sanak saudara dan juga sahabat handai.

Selari dengan itu, bermula dari 21 April 2022 hingga 4 Mei 2022, Maybank kini membolehkan anda melakukan tukaran duit raya di 70 lokasi mesin ATM Maybank. Berikut adalah senarai mesin yang boleh anda kunjungi.

Kuala Lumpur

Anda boleh kunjungi ke lokasi Bangsar Baru, Desa Pandan, KL Main dan TTDI.

Selangor

Anda boleh kunjungi ke lokasi Bangi, Kota Damansara, Cheras Selatan, Kajang, Kota Kemuning, Puchong, Putrajaya, Rawang, Shah Alam Seksyen 20, Setia Alam, Subang Jaya, Sungai Buloh, Taman Melawati dan Taman Sri Gombak.

Johor

Anda boleh kunjungi ke mesin ATM di Bandar Baru Uda, Jalan Genuang, Jalan Tebrau, Jalan Zabedah, Johor Bharu Main, Muar, Taman Johor Jaya dan Taman Universiti Skudai.

Pahang

Anda boleh kunjungi ke lokasi Bukit Ubi, Jalan Beserah, Kuantan Main, Mentakab, Muadzam Shah dan Temerloh.

Perak

Berikut adalah lokasi mesin ATM Maybank di Perak yang membenarkan penukaran duit raya. Ia adalah Jalan Sultan Idris Shah, Jelapang, Kamunting, Kuala Kangsar, Gunung Rapat, Sitiawan, Taiping, Tanjung Malim dan Teluk Intan.

Melaka

Terdapat hanya dua lokasi mesin ATM untuk tukar duit raya iaitu di Ayer Keroh dan Melaka Main.

Negeri Sembilan

Berikut adalah lokasi mesin ATM Maybank yang boleh anda kunjungi untuk tukar duit raya; Nilai, Senawang dan Seremban.

Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, lokasi mesin ATM Maybank yang menawarkan servis tukar duit raya adalah di Bandar Perda, Bayan Lepas, Jelutong, Penang Main dan Penang Road.

Kedah

Lokasi mesin ATM Maybank yang tawar servis tukar duit raya terletak di Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Mergong.

Perlis

Perlis hanya menawarkan satu lokasi mesin ATM Maybank untuk tukar duit raya iaitu di AFC Kangar.

Kelantan

Sama seperti di Perlis, lokasi tukar duit raya adalah di mesin ATM Maybank Kota Bharu.

Bagaimana Cara Untuk Menukar Duit Raya Melalui Mesin ATM?

Ikuti langkah ini untuk mula menukar duit raya menggunakan servis di mesin ATM:

  1. Untuk setiap mesin ATM yang membenarkan anda menukar duit raya, pihak Maybank akan meletakkan tanda atau poster yang menunjukkan mesin tersebut tersedia untuk penukaran duit raya.
  2. Kemudian, lakukan pengeluaran duit seperti biasa dan pilih jumlah yang diinginkan.
  3. Bagi setiap transaksi, anda hanya boleh menukar maksima RM300 sahaja.

Lihat senarai penuh di Maybank2u

Komen