Sebelum ini, Farm Fresh telah sedia memperkenalkan The Acre iaitu sebuah restoran yang menyajikan pelbagai variasi menu yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi Farm Fresh, The Acre menawarkan sajian yang memfokuskan kepada hidangan Melayu dan Itali seperti lauk-pauk serta piza yang disediakan menggunakan bahan segar dari ladang.

Bersempena Ramadan ini juga, The Acre telah membuka slot tempahan untuk berbuka puasa sehingga 2 Mei 2022. Namun, disebabkan jumlah tempahan yang tinggi, slot di Ja-Moo Selera Together telah penuh sehingga ke hujung Ramadan.

Bukan sekadar itu, Farm Fresh turut hadir dengan kiosk mereka yang tersendiri yang dikenali sebagai Jom Cha By Farm Fresh. Setakat ini, kiosk ini hanya ditawarkan di dua buah lokasi sahaja iaitu di ladang Farm Fresh Seri Kembangan dan juga Bandar Baru Uda.

Untuk pengetahuan anda, Jom Cha By Farm Fresh merupakan konsep perniagaan baharu yang sedang melalui program rintis di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bandar Baru Uda. Ia dijangka akan ditawarkan secara meluas iaitu sebanyak 20 hingga 30 kiosk disasarkan akan dibuka sekitar September 2022 dan menjelang akhir 2022, sebanyak 50 kiosk akan boleh diakses di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin mengunjungi ke rangkaian fizikal Jom Cha By Farm Fresh, mereka menghidangkan minuman Teh Mutiara pada harga hanya RM7.90 sahaja.

Sumber: BHarian