FamilyMart kini melancarkan topping edisi terhad terbaru untuk aiskrim mereka iaitu Sakura Blossom Topping.

Penawaran ini boleh dinikmati bersama-sama dengan pembelian Sofuto Ice Cream Cone, Sundae Cup dan Ice Cream Pint.

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian di rangkaian fizikal atau menerusi aplikasi mudah-alih MY FamilyMart dengan memilih untuk mengambil di kedai atau penghantaran terus ke pintu rumah.

Sekiranya anda melakukan pesanan secara atas-talian, FamilyMart menawarkan servis FamiDelivery yang mana ia akan menghantar pesanan yang dipesan dalam tempoh masa 30 minit. Anda juga berpeluang untuk menikmati caj penghantaran percuma jika jumlah pembelian melebihi nilai RM30.