Kini kita sudah berada pada minggu-minggu akhir Ramadan, jadi pasti ramai yang sudah sibuk mencari kelengkapan raya termasuklah baju baharu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimana dengan tema raya anda tahun ini? Sudahkan anda menetapkan warna yang ingin diperagakan untuk lebaran kali ini? Ataupun adakah anda masih lagi sedang mencari warna yang sesuai di butik-butik atau kedai-kedai atas talian?
Untuk memudahkan anda memilih baju yang ingin dipakai sewaktu hari raya kelak, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda 8 jenama baju yang boleh anda beli di Zalora dan Shopee pada harga bawah RM100.
Zalora – Lubna Peasant Top With Frill Skirt Set
Harga: RM70.90
Saiz: Semua saiz masih tersedia
Bagi anda yang mungkin memilih hijau sebagai warna tema, anda mungkin boleh menambah baju ini ke dalam senarai pembelian.
Zalora – Imaan Boutique Bidadari Kurung
Harga: RM99.00
Saiz: Semua saiz masih tersedia
Menawarkan variasi corak baju kurung, anda boleh menerokai baju kurung dari Imaan Boutique yang mana ia boleh dipadankan dengan mudah, bersesuaian dengan tema hari raya Aidilfitri anda.
Zalora – Inhanna NONA Women Crepe Midi Kebarung Iris Purple
Harga: RM99
Saiz: XS, M, XL
Hadir dengan rekaan kebaya tradisional, sememangnya akan memberikan imej yang cukup sempurna untuk digayakan pada pagi raya.
Zalora – MOTHER & CHILD Anna Kurung Peplum
Harga: RM99
Saiz: XS, S, M
Sekiranya anda memilih warna peach dan merah jambu untuk digayakan pada pagi raya kelak, Mother & Child menawarkan pilihan kurung yang boleh anda dapatkan pada harga yang rendah.
Zalora – Lubna Plus Size Printed Kebaya
Harga: RM99
Saiz: XXL, XXL
Untuk anda yang memerlukan baju plus size, Lubna menawarkan kebaya khusus untuk saiz XXL ke atas. Berikut adalah antara pilihan yang boleh anda dapatkan di Zalora.
Shopee- Dhiacotton
Harga: RM59.00
Saiz: Semua saiz tersedia
Rekaan: Menawarkan rekaan Mini Kurung, Kurung Riau, Kurung Kedah dan Kurung Moden
Dhiacotton menawarkan pelbagai pilihan corak yang sesuai dibeli untuk anda yang berkeluarga kerana untuk satu corak, anda boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 5 pilihan rekaan.
Shopee – Era Maya Baju Kurung Raya 2022
Harga: RM95.00
Saiz: Semua saiz tersedia
Sekiranya anda meminati corak atau motif bunga kecil pada baju kurung, Era Maya menawarkan pelbagai pilihan baju kurung yang boleh anda dapatkan pada harga yang mampu milik.
Shopee – Zoe Arissa Baju Kurung Raya 2022
Harga: RM69.90
Saiz: Semua saiz tersedia
Menawarkan rekaan corak yang cukup anggun, Zoe Arissa menawarkan hampir 10 pilihan baju raya yang bermacam-macam warna untuk anda miliki. Terokai kedai rasmi Zoe Arissa di Shopee bermula hari ini.
Berikut adalah beberapa pilihan baju kurung untuk raya tahun ini sekiranya anda memiliki bajet yang tidak besar. Sekiranya anda mempunyai cadangan lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria!