Sekiranya anda pengguna setia Setel dan GrabPay, jangan lupa rebut peluang mendapatkan diskaun sehingga 10% sekiranya anda menambah nilai Setel Pay sekurang-kurangnya RM30.

Untuk menebusnya, anda hanya perlu masukkan kod promo ”GRABSETEL10” sewaktu tambah nilai di GrabPay dan terima diskaun RM3 untuk transaksi berkenaan.

Walau bagaimanapun, tawaran ini sah untuk satu kali penebusan sahaja untuk satu akaun dan ianya terhad kepada 350 penebusan setiap hari.

Jangan ketinggalan untuk merebut peluang ini kerana promosi ini sah sehingga 2 Mei 2022 sahaja.