Untuk sambutan Aidilfitri 2022, jenama jam Ice Watch menampilkan koleksi yang sinonim dengan kemeriahan raya iaitu Ice Flower Collection.
Pengenalan koleksi ini adalah bertujuan untuk menaikkan kembali keindahan raya yang digambarkan seperti mekarnya bunga di pagi hari.
Membawakan pilihan bunga yang segar dan feminin, koleksi bunga Ice Watch ini memaparkan gabungan warna yang memfokuskan kepada biru dan dipadankan dengan paparan bunga yang bernada cerah. Ia hadir dengan 5 motif bunga yang berbeza yang dilihat menjadikannya lebih variasi mengikut citarasa individu.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru daripada Ice Watch ini iaitu Ice Flower Collection, ia boleh didapati pada harga RM459 seutas. Antara 5 model jam yang ditawarkan adalah Twilight Daisy, Pastel Lotus, Colour Leaves, Blue Lily dan Turquoise Leaves.