Pernahkah anda melihat individu meletakkan sudu atau garpu logam di dalam periuk ketika memasak? Lebih-lebih lagi periuk yang di dalamnya mempunyai daging yang sedang mendidih?

Menurut tukang masak Filipina, ia merupakan satu kepercayaan dan helah dapur unik yang mana mereka mempercayai dengan meletakkan sudu logam di dalam periuk, ia akan membantu melembutkan daging dengan lebih cepat.

Teori ini berdasarkan fakta bahawa air adalah konduktor haba yang lemah. Oleh kerana logam memanaskan lebih baik dan lebih cepat daripada air atau sebarang cecair, logam akan membantu daging menjadi lebih empuk kerana ia akan menjadi lebih panas.

Jadi, Adakah Sudu Atau Garfu Merupakan Pelembut Daging Yang Berkesan?

Secara umumnya, faktor yang menyebabkan daging mempunyai tekstur yang lebih lembut adalah kehadiran kolagen dan serat otot. Apabila kolagen menjadi panas ia larut menjadi gelatin melembutkan daging, tetapi apabila gentian otot menjadi terlalu panas, ikatan protein akan mengembang dan sekaligus mengakibatkan tekstur daging menjadi lebih keras.

Oleh sebab itu, untuk menghalang daging daripada menjadi lebih keras, anda perlu mengawal suhu air rebusan supaya dapat mengelakkan gentian otot menjadi terlalu panas.

Untuk mengetahui sama ada sudu logam boleh membantu melembutkan daging, anda mungkin perlu memastikan haba dari daging dialirkan kepada sudu logam. Jika haba tidak dapat mengalir dengan baik, meletakkan sudu logam ke dalam periuk adalah langkah yang tidak berkesan untuk melembutkan daging.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu berhati-hati dengan penggunaan sudu logam yang mengandungi aluminium, plumbum, besi dan logam toksik yang lain. Dengan kehadiran bahan ini pada sudu, ia boleh menyebabkan kehadiran toksik dalam badan yang membawa kepada penyakit berbahaya.

Akhir sekali, untuk melembutkan daging dengan lebih baik dan cepat, apa yang perlu anda lakukan adalam menyediakan bahan-bahan perapan seperti garam, jus lemon dan lain-lain sebelum mula memasak. Anda juga perlu memastikan cara potongan daging yang betul untuk memecahkan gentian otot yang sukar untuk dilembutkan.