Tahukah anda UNIQLO dan MUJI kini telah sedia membuka kedai kopi mereka yang tersendiri? Walau bagaimanapun, penawarannya masih lagi terhad yang mana tidak diperluaskan di kebanyakan negara.

Untuk pengetahuan anda, UNIQLO telah mula membuka kedai kopi yang dikenali sebagai UNIQLO Coffee sejak September 2021 di Ginza, Tokyo. Kedai kopi ini terletak di bangunan utama mereka yang mana pengenalan ini selari dengan sambutan ulang tahun kedai mereka yang ke-10.

Apa yang menarik mengenai UNIQLO Coffee ini, ia menawarkan ruangan rehat yang khusus kepada para pelanggan untuk menikmati secawan kopi sambil menikmati pemandangan jalan-jalan di Tokyo dari tingkat 10.

Untuk menu pula, ia menawarkan kopi campuran istimewa UNIQLO (UNIQLO yang dipadankan dengan biskut yang berharga sekitar RM6.64 (¥200 JPY) dan kopi titisan tangan Geisha premium pula berharga kira-kira RM15.26 (¥450 JPY).

Sementara MUJI pula memperkenalkan Café&Meal MUJI yang memfokuskan kepada hidangan ‘Simple Food’ kepada pelanggan namun menggunakan ramuan rasa semula jadi yang penuh dengan keberkatan dari matahari, tanah dan air.

Menurut perkongsian yang dilakukan di laman web rasmi MUJI, visual hidangan yang ditawarkan kelihatan seakan di IKEA Restaurant tetapi apa yang membezakannya adala pilihan hidangan yang lebih dekat dengan masyarakat Jepun serta penggunaan bahan bagi setiap hidangan yang diakses terus dari ladang mereka di Sasayama, Jepun.

Setakat ini, Café&Meal MUJI hanya dibuka di Singapura sahaja dan dijangka akan diperluaskan ke Filipina.

Sumber: Japan Today