Inisiatif kitar semula kini dilihat salah satu kaedah yang boleh membantu dan menjamin kelestarian alam semula jadi. Tidak hanya di sekolah-sekolah dan kebanyakan kawasan perumahan, anda juga kini boleh mula mengitar semula botol plastik dan tin minuman kosong di pasaraya Lotus’s ataupun Shell terpilih.

Berbeza dengan tempat kitar semula yang lain, ia merupakan Mesin Kitar Semula Balikan (Reversed Vending Machine) oleh Klean dan telahpun diperkenalkan sejak tahun 2021 yang lepas.

Menerusi pengenalan ini, ia memudahkan anda untuk melupuskan botol dan tin yang tidak lagi dipakai selain turut dapat menjana ganjaran yang lumayan bagi setiap aktiviti kitar semula.

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Mesin Layan Diri Balikan Lotus’s?

Untuk mula menggunakannya:

  1. Muat turun aplikasi Klean The World di App Store atau Play Store, dan daftarkan butiran anda.
  2. Tekan ‘Recycle Now‘ pada RVM.
  3. Masukkan sehingga 10 botol atau tin kosong ke dalam RVM.
  4. Klik ‘Finish‘ dan imbas kod QR untuk menebus mata ganjaran Klean.
  5. Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi Klean, andajuga boleh masukkan nombor mudah alih anda untuk mendapatkan ganjaran.

Setakat ini, mesin kitar semula Klean RVM ini boleh ditemui di Lotus’s Penang E-Gate dan juga beberapa cawangan lain di Shell TTDI, Shell SKVE dan Resorts World Genting. Ia dijangka akan diperluaskan lagi di pelbagai lokasi lain di seluruh negara!

Sumber: Corp Lotuss