Berdasarkan perkongsian dari laman Instagram Tealive Asia, jenama boba kegemaran ramai ini dilihat akan mula menampilkan kedai konsep premium iaitu Tealive+ atau disebut sebagai Tealive Plus.
Di kedai konsep ini, Tealive+ akan menawarkan rangkaian makanan dan minuman eksklusif yang tidak ditawarkan di mana-mana rangkaian kedai fizikal mereka yang lain. Malah, ia turut akan membawakan susun atur kedai yang berbeza selain mempersembahkan elemen futuristik dan lebih ikonik kepada pelanggan setia mereka.

Untuk pelancaran Tealive+, mereka akan mula membuka cawangan pertama mereka di Aras 1, Pavillion Kuala Lumpur bermula 27 April 2022. Namun, setakat ini tidak diketahui lagi sama ada ia menawarkan servis penghantaran makanan dan minuman ataupun sebaliknya.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi ke Tealive+ dan nikmati pelbagai tawaran menarik bersempena pelancaran mereka kelak.