Untuk pengetahuan anda, ZALIA merupakan label fesyen peribadi di bawah ZALORA yang menyediakan barisan pakaian, kasut dan beg untuk wanita daripada tunik, pakaian muslim, gaun dan banyak lagi. Untuk koleksi di bawah ZALIA, ia memfokuskan kepada rekaan yang menawarkan gabungan trend fesyen terkini dan elemen tradisional.

Kini, tidak hanya sebagai jenama fesyen, ZALIA telah memperluaskan penawaran mereka dengan menceburi bidang reka bentuk dalaman dan juga barisan barangan hiasan kediaman dibawah jenama ZALIA HOME yang boleh anda dapatkan di ZALORA bermula hari ini.
Sebagai permulaan, ZALIA HOME memperkenalkan koleksi barangan yang asas seperti serbet, alas meja, pinggang mangkuk, kutleri dan banyak lagi. Ia menampilkan rekaan yang memenuhi citarasa kebanyakan individu di tambah lagi dengan pilihan warnanya yang lebih dekat dengan orang ramai iaitu warna neutral.


Dari segi rekaan corak pula, ZALIA HOME memilih motif bunga sebagai pelengkap sulaman mereka. Dengan ini, ia memberikan imej yang lebih klasik tetapi bersahaja sekiranya dipadankan dengan perabot rumah yang lain.
Sama seperti pakaian ZALIA, ia menawarkan jual beli secara atas-talian. Untuk mendapatkannya, layari kedai rasmi ZALIA HOME di ZALORA bermula hari ini.