Tahukah anda, menurut Persatuan Jantung Amerika, individu dari kumpulan darah A, B atau AB lebih berkemungkinan mengalami serangan atau kegagalan jantung jika dibandingkan dengan kumpulan darah O?

Salah satu faktor untuk peningkatan risiko adalah diakibatkan oleh protein yang terdapat dalam darah jenis A dan jenis B. Kehadiran protein ini boleh menyebabkan saluran darah menjadi lebih tebal serta mudah tersumbat dan sekaligus membawa kepada peningkatan risiko pembekuan dan penyakit jantung.

Sementara mengapa individu dari kumpulan darah O mempunyai risiko yang lebih rendah untuk alami serangan jantung, ia kerana darah jenis O tidak mempunyai sebarang antigen atau protein di dalam setiap sel darah merah. Ini bermakna, saluran darah untuk individu kumpulan darah O boleh menghasilkan aliran darah yang lebih lancar.

Namun, harus diingatkan, walaupun risiko serangan jantung adalah rendah untuk kumpulan darah O, tetapi terdapat risiko lain yang boleh berlaku seperti:

  • gangguan pendarahan terutamanya selepas bersalin
  • kehilangan darah yang lebih teruk selepas kecederaan traumatik

Penyelidikan lain mendapati orang yang mempunyai darah jenis AB mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan kognitif jika dibandingkan dengan orang yang mempunyai jenis O. Kemerosotan kognitif termasuk perkara seperti masalah untuk mengingat, sukar untuk fokus atau membuat keputusan.

Sumber: Cnet, AHA