Di pasaran, anda boleh lihat variasi pilihan pelindung matahari yang ditawarkan pada rak penjagaan diri. Ia termasuk jenis semburan, gel dan juga krim.
Namun, tahukah anda bagi setiap jenis pelindung matahari ini, ia menampilkan kelebihan yang berbeza dan digunakan mengikut kesesuaiannya ke atas kulit anda?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, Tajria akan berkongsi tentang perbezaan pelindung matahari yang boleh anda gunakan.
Perbezaan Jenis Pelindung Matahari – Semburan, Gel Dan Krim
Secara umumnya, pelindung matahari jenis semburan adalah lebih mudah untuk disapu pada kulit jika dibandingkan dengan jenis krim dan gel.
Bahkah, ia sesuai untuk dilapiskan semula ke atas solekan yang menjadikannya salah satu jenis pelindung matahari yang digemari kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat, pelindung jenis gel atau krim boleh memberikan lebih perlindungan kerana ia akan diserap sepenuhnya ke dalam kulit, dan bukannya hanya diletakkan di permukaan.
Bukan sekadar itu, sesetengah pelindung matahari jenis semburan mungkin mengandungi alkohol, jadi bagi anda yang ingin mengelakkan penggunaan produk beralkohol, anda mungkin mahu menggunakan losyen atau krim pelindung matahari biasa.
Intinya di sini ialah pelindung matahari krim atau gel akan memberikan lebih perlindungan dan mempunyai kurang perengsa. Tetapi, pelindung matahari jenis semburan boleh menjadi bagus jika anda hanya memastikan untuk menggunakan jumlah yang mencukupi dan menggosoknya dengan baik ke dalam kulit.
Juga, harus diingatkan bahawa anda perlu sentiasa perhatikan senarai ramuan. Sekiranya anda mahukan perlindungan maksimum yang mungkin, anda harus menggunakan krim pelindung matahari dan pilih yang terbaik untuk jenis kulit anda
Pelindung Matahari Anessa – Menampilkan Teknologi Terbaik Untuk Lindungi Kulit Dari Sinaran UV
Menjadi antara jenama pelindung matahari yang popular, Anessa merupakan salah satu rangkaian produk di bawah Shiseido Corporation.
Diasaskan pada tahun 1992, sehingga kini, Anessa telah banyak menampilkan pelbagai pilihan produk dan teknologi kecantikan yang membantu individu dalam menjalani kehidupan yang sihat, aktif dan penuh keseronokan di bawah matahari.
Antara yang diperkenalkan termasuklah Teknologi Penggalak Auto atau Auto Booster Technology yang mana ia merupakan inovasi terbaru mereka dalam teknologi pelindungan matahari. Menerusi teknologi ini, produk dilihat dapat bertindak balas dengan peluh, haba, air dan kelembapan di udara sekaligus memberikan kulit anda pelindungan yang lebih kuat dari sinar UV
Selain itu, Teknologi Penggalak Auto juga turut diformulasikan untuk berfungsi seiring dengan kelembapan yang menjadikan sangat kalis air dan sangat tahan lama terhadap air dan peluh. Tambahan, dengan kehadiran 50% bahan-bahan terbitan tumbuhan seperti asid hyaluronik super, kolagen marin, ekstrak teh hijau dan ekstrak Akar Potentilla Erecta, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan penghidratan sambil menghalang bintik-bintik gelap dan penuaan.
Jenis-Jenis Pelindung Matahari Dari Anessa
Perfect UV Sunscreen Skincare Milk, RM129.80
Diformulakan dengan tekstur yang licin bak sutera dan tidak melekit, ia dilihat memberikan perlindungan ke atas sinar matahari yang tahan lama ditambah lagi dengan nilai SPF yang tinggi iaitu SPF 50+ PA++++.
Perfect UV Sunscreen Skincare Gel, RM150.80
Dihadirkan dengan teknologi baru yang dibangunkan Shiseido iaitu Core-Corona Emulsification Technology, Perfect UV Sunscreen Skincare Gel menyediakan tekstur gel yang ringan, berair namun sangat kalis air tanpa membuatkan kulit terasa melekit. Jenis gel ini sesuai untuk penggunaan di luar bangunan atau ketika bersukan.
Perfect UV Sunscreen Skincare Spray, RM113.10
Antara produk yang serba boleh, Anessa Perfect UV Sunscreen Skincare Spray menyediakan Perlindungan UV 360° dengan SPF50+ PA++++. Ia juga sesuai untuk penggunaan di kulit kepala, muka dan badan.
Ia juga diformulakan dengan bahan yang melembapkan menjadikannya teman yang sempurna untuk rutin penjagaan kulit semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, kerana bentuk semburan juga membolehkan anda menggunakan semula SPF dalam mudah.