Ini 140 Cawangan Starbucks Yang Tawar ‘Mobile Order & Pay’ – Bagaimana Cara Menggunakannya?

April 26, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pesanan minuman kegemaran anda terus menggunakan aplikasi Starbucks?

Mudah sahaja, anda hanya perlu:

  1. Muat-turun aplikasi Starbucks di App Store atau Play Store.
  2. Kemudian, daftarkan keahlian anda terus pada aplikasi sebelum boleh mula membuat pesanan.
  3. Apabila telah selesai, tekan tab ‘Order’ dan mula lakukan pesanan untuk minuman kegemaran anda.
  4. Seterusnya, pilih cawangan Starbucks yang ingin anda kunjungi untuk servis self-pickup.
  5. Akhir sekali, hantar pesanan anda dengan mula mengesahkan pembayaran.

Jika baki anda tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai terus pada aplikasi menggunakan ciri perbankan atas-talian. Had amaun maksima untuk tambah nilai adalah RM500.

Apa yang menariknya, ia berfungsi sama seperti kad fizikal yang anda gunakan di kedai tetapi kini ia turut boleh digunakan sewaktu melakukan pesanan di aplikasi. Malah, anda juga tak perlu beratur panjang di kaunter kerana pesanan dan pembayaran boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Namun, apa yang penting adalah anda harus mendaftar akaun ahli Starbucks di aplikasi dan seterusnya anda boleh memesan minuman seperti biasa.

Berikut adalah 140 cawangan yang mula menawarkan servis ‘Mobile Order & Pay’

Harus diingatkan juga, tempoh masa untuk pengambilan minuman adalah 15 minit selepas anda menerima notifikasi pesanan telah tersedia di kaunter. Terdapat juga had pembelian bagi setiap pesanan menerusi ‘Mobile Order & Pay’, iaitu anda hanya boleh memesan sebanyak 10 item dalam satu pesanan sahaja.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd