Al-lkhsan kini dilihat mula menawarkan kemudahan pembayaran secara nirtunai menggunakan kod QR Fave. Penawaran ini merupakan kerjasama pertama mereka dengan jenama aplikasi pembayaran pintar, Fave.
Menurut perkongsian Al-Ikhsan, kerjasama ini dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk pengguna berbelanja, dan pada masa yang sama boleh memperkasakan penjual untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan cara yang lebih baik menerusi perkhidmatan dan teknologi yang mudah digunakan.

Oleh sebab itu, sebanyak 150 cawangan Al-Ikhsan telah mula menawarkan pembayaran secara nirtunai dan melaluinya, pelanggan akan lebih mudah untuk berbelanja lebih-lebih selagi sepanjang fasa peralihan ke arah endemik ini.
Tidak ketinggalan juga, untuk pelanggan Al-Ikhsan yang membuat pembayaran melalui aplikasi Fave menggunakan kad debit atau kredit CIMB, anda turut layak mendapat potongan RM25 ke atas pembelian mereka yang menggunakan kod promo CIMB25.

Cara menebus diskaun RM25 di Al-Ikhsan bagi pemegang kad debit atau kredit CIMB:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi Fave di App Store dan Play Store.
- Langkah 2: Pautkan kad CIMB untuk pengesahan pembayaran
- Langkah 3: Lakukan pembelian di Al-lkhsan dan pilihlah pilihan bayar kemudian melalui aplikasi Fave
- Langkah 4: Masukkan kod promo CIMB25 semasa semak keluar