Apabila saudara-mara datang berkunjung ke rumah, pastinya anda ingin menyediakan sajian yang menarik dan lazat kepada mereka.
Namun, sekiranya anda baru pertama kali cuba untuk memasak pada kuantiti yang banyak, pastinya ia menjadi satu perkara yang sukar. Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda senarai pes dan produk bahan makanan dari Nestle yang perlu ada di rumah anda.
Pes Rendang
Menjadi sajian utama sewaktu Hari Raya, pes rendang adalah salah satu pes yang penting dan perlu anda sediakan di dapur. Hal ini kerana, rendang merupakan sajian yang sukar untuk dimasak dan memerlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan rasa yang sempurna.
Untuk mendapatkannya, anda boleh sama ada lakukan pesanan di Shopee atau pasaraya terpilih di seluruh Malaysia.

Pes Tom Yam
Selain rendang, Nestle turut menawarkan pilihan yang lebih ringan dan sesuai untuk dihidangkan pada waktu malam iaitu Pes Tom Yum.
Jika anda berminat, pembelian Pes Tom Yum boleh dilakukan menerusi aplikasi Shopee dan juga Lazada atau kunjungi ke pasaraya terpilih di seluruh Malaysia.

Pes Mi Udang
Anda juga boleh menunjukkan kebolehan anda menyediakan hidangan lain yang lebih lazat iaitu Mi Udang dengan menggunakan pes dari Nestle iaitu Pes Mi Udang
Sama seperti Pes Tom Yum, anda boleh mula lakukan pesanan untuk Pes Mi Udang di Shopee yang mana ia dijual pada harga RM34.50 untuk 1kg.

Pes Sambal Tumis
Untuk Pes Sambal Tumis, ia ditawarkan dalam pilihan pek yang lebih kecil. Anda boleh menggunakannya sama ada sewaktu menyediakan hidangan seperti Sambal Nasi Lemak, atau Asam Pedas dan juga nasi atau mi goreng.
Sekiranya berminat, anda boleh membeli Pes Sambal Tumis pada harga RM1.30 untuk saiz 30g atau RM2.95 untuk 60g di Shopee.

Pes Nasi Briyani
Selain pes untuk lauk, Nestle turut menyediakan pes Nasi Briyani yang mana sajian ini boleh dihidangkan selepas hari Raya yang pertama. Menarik mengenainya, anda hanya perlu tambah nasi basmati, ayam, tomato dan bawang untuk menikmati Nasi Briyani lazat yang ramai gemari.
Belinya hari ini di Shopee pada harga RM4.50 untuk pek saiz 90g.

Pes Ayam Percik Dan Ayam Goreng Berempah
Tidak lengkap hidangan anda tanpa menyajikan lauk berasaskan ayam. Oleh sebab itu, Nestle hadir dengan pes khusus yang merangkumi Pes Ayam Percik dan Pes Ayam Goreng Berempah.
Anda boleh mendapatkannya bermula hari ini sama ada di rangkaian pasaraya fizikal ataupun lakukan pembelian pes menerusi kedai atas-talian Nestle di Shopee.

Jadi, bagaimana? Sudahkah anda mula merancang untuk menyediakan lauk pauk apa bersempena Aidilfitri ini? Jika belum, mungkin senarai pes ini boleh membantu anda mendapatkan idea hidangan khas untuk Hari Raya tahun 2022 ini.