Bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba untuk tahun 2022 ini, Suria KLCC telah menampilkan Lampu Pelita bersaiz gergasi di hadapan pintu berdekatan Taman KLCC.

Ia merupakan replika terbesar yang pernah ditampilkan secara umum dan turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, replika gergasi ini memperlihatkan ketinggian mencecah 17 meter dan lebar pula 12 meter. Di samping menampilkan lampu-lampu yang terang dan bergemerlapan, replikasi gergasi ini turut dihiasi dengan lampu pelita kecil yang mengelilingi replikas berkenaan.

Dan menjadikannya lebih meriah, replika gergasi ini turut dilengkapi dengan dinding dengan rekaan ketupat yang sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya.

Selain daripada Lampu Pelita Gergasi, mereka turut membawakan pameran bertemakan Rumah Di Dusun Atuk di bahagian Centre Court Suria KLCC. Di pameran ini, anda boleh melihat variasi jenis Rumah Melayu Melaka yang telah dihiasi dengan motif-motif tradisional yang pelbagai dan berwarna-warni.

Jadinya, jangan ketinggalan meraikan kemeriahan Aidilfitri 2022 dengan mengajak ahli keluarga anda menikmati keindahan replika Lampu Pelita dan mendapatkan kelengkapan Hari Raya di Suria KLCC sambil merakam momen menarik bersama-sama orang ramai.