Lina Rosli Diterbitkan 26 April 2022

Bolehkah Kit Ujian Covid-19 Anda Tamat Tempoh?

Bolehkah kit ujian Covid-19 tamat tempoh? Jawapannya, boleh. Hal ini kerana komponen kit ujian Covid-19 boleh merosot dari semasa ke semasa. Hasilnya, ia berpotensi menjejaskan prestasi dan ketepatan diagnostik sewaktu mendapatkan keputusan ujian.

Walau bagaimanapun, untuk mengetahui dengan tepat berapa lama jangka hayat kit ujian pengilang secara logiknya memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun data. Memandangkan ujian pantas COVID-19 adalah produk yang agak baharu, syarikat sedang mengumpulkan banyak data tersebut dalam masa nyata yang mana tarikh tamat tempoh tersebut mungkin boleh berubah.

Oleh itu, anda perlu kerap melakukan semakan maklumat terkini tentang kit ujian anda. Selain anda mungkin perlu mengira sendiri tarikh tamat tempoh bahau menggunakan tarikh pembuatan yang dicop pada bungkusan.

Lihat senarai kit ujian yang diluluskan MDA

Bolehkah Anda Menggunakan Kit Ujian Yang Telah Tamat Tempoh?

Jika anda terbiasa mengabaikan tarikh luput makanan, anda mungkin cenderung melakukan perkara yang sama dengan kit ujian Covid-19.

Menurut FDA, penggunaan kit ujian Covid-19 yang telah tamat tempoh adaalah tidak disarankan. Faktor ini adalah disebabkan oleh ia cenderung memberikan keputusan yang tidak tempat selain lebih berkemungkinan mempunyai negatif palsu berbanding positif palsu.

Perkara ini boleh mendatangka kerisauan sekiranya, seseorang individu mempunyai gejala Covid-19 namun pada kit ujian, ia menyatakan sebaliknya.

Jadinya, adalah lebih baik anda memeriksa dahulu tarikh pengeluaran kit ujian selain memastikannya benar-benar sesuai untuk digunakan untuk melakukan ujian RTK dan sebagainya.

Sumber: TIME