Pernahkah anda membersihkan gelas atau pinggan kaca yang pecah menggunakan pembersih vakum atau penyedut hampagas?

Jika ya, tahukah anda bahawa tidak semua pembersih vakum boleh digunakan untuk membersihkan kaca? Hal ini disebabkan oleh kepingan kaca kecil yang berselarak akan menyukar proses penyedutan dilakukan selain tidak memberi hasil pembersihan yang maksima.

Oleh itu, sebelum anda menggunakan pembersih vakum untuk mengurus kaca yang pecah, pastikan anda mengetahui jenis vakum yang boleh digunakan dengan selamat dan kaedah lain yang disyorkan untuk menyingkirkan setiap kepingan kaca yang kecil.

Apakah Pembersih Vakum Yang Boleh Digunakan Untuk Membersihkan Kaca Pecah?

Sekiranya anda menggunakan pembersih vakum jenis pegang (Handheld), maka anda tidak perlu khuatir akan keselamatan membersihkan kaca yang pecah.

Namun, jika rumah anda menggunakan pembersih vakum jenis hos fleksibel, ianya adalah tidak digalakkan untuk menyedut kaca. Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan pada hos dalam mesin. Walaupun anda mengambil kepingan yang lebih besar dengan tangan, tepi tajam serpihan kaca boleh memotong dan mengoyakkan hos vakum.

Tambahan, apabila kepingan tajam telah merosakkan hos, ia akan menyebabkan vakum kehilangan kuasa untuk sedutan habuk dan lain-lain

Cara Vakum Kaca Dengan Vakum Pegang Tangan

  1. Mulakan dengan menggunakan penyapu untuk membersihkan kepingan kaca yang besar.
  2. Kemudian, buangkannya dalam kertas tebal atau beg plastik. Pastikan anda membuang serpihan besar kaca sebelum mula menggunakan vakum.
  3. Untuk serpihan yang kecil, anda boleh menyedutnya menggunakan vakum. Namun, pastikan penapis habuk di dalamnya diletakkan dengan betul dan kukuh.

Memandangkan anda perlu memastikan setiap serpihan kecil kaca yang pecah telah disedut dengan baik, maka pasang lampu dengan cahaya paling terang supaya memudahkan anda mengenalpasti mana-mana kaca lain yang tersembunyi.

Bukan itu sahaja, adalah idea yang baik untuk memakai pelindung mata, sarung tangan dan kasut yang tebal sewaktu menguruskan kaca.

Setelah selesai, bersihkan pembersih vakum dengan segera. Sekiranya anda menangguhkan pembuangan dan pembersihan habuk pada penapis vakum, ia berisiko anda terlepas pandang akan serpihan kaca di dalamnya dan boleh menyebabkan kecederaan di lain hari.