Tealive secara rasminya telah membuka pintu kedai konsep premium pertama mereka iaitu Tealive+ di Pavillion Kuala Lumpur.

Berbeza dengan cawangan Tealive biasa yang hadir di kebanyakan pusat membeli-belah, Tealive+ hadir dengan rekaan kedai yang lebih eksklusif di samping lebih memfokuskan kepada servis makan di kedai (dine-in) untuk para pelanggan menikmati terus hidangan yang dipesan di kaunter.
Dengan ruangan yang disediakan, nampaknya Tealive+ tidak hanya menawarkan pengalaman yang lebih premium tetapi juga memberikan peluang untuk orang ramai melakukan aktiviti sosial dengan lebih mudah dan tanpa had.

Selain itu, kedai konsep premium Tealive+ ini juga turut hadir dengan barisan menu yang lebih variasi untuk para pelanggan. Berdasarkan paparan menu yang ditampilkan, anda boleh melihat pelbagai jenis minuman unik yang tidak ditawarkan di mana-mana cawangan Tealive yang lain.
Antara yang ditawarkan termasuklah siri Kombucha Blush, Fruity Indulgence, Dairy Indulgence, Tealive+ Signature dan banyak lagi. Anda juga turut boleh nikmati set hidangan makanan seperti Toastea pada harga yang berbaloi.

Untuk anda yang ingin berkunjung ke Tealive+, lokasi kedai ini terletak di Lot 1.10.00 di Pavillion Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama mencuba menu terbaru Tealive dengan kolaborasi bersama KitKat iaitu Coco Wafer Smoothie!