Kumpul siri eksklusif karakter permainan Sonic The Hedgehog 2 kegemaran anda dengan hanya melalukan pembelian Happy Meal di McDonald’s bermula hari ini sehingga akhir Mei 2022.

Berdasarkan perkongsian McDonald’s, mainan Sonic The Hedgehog 2 akan ditawarkan berbeza-beza mengikut minggu. Jadinya, anda berpeluang untuk mendapatkan dan mengumpul karakter permainan yang anda gemari dengan lebih mudah.

Untuk mendapatkannya, berikut adalah jadual penawaran siri eksklusif karakter permainan Sonic The Hedgehog 2:

Bagi anda yang berminat, mainan Sonic The Hedgehog 2 untuk set Happy Meals dari McDonald’s ini hanya boleh didapati melalui pembelian secara pandu lalu atau pesanan di McDelivery sahaja.

Selain itu, McDonald’s juga kini telah mengeluarkan semula hidangan burger kegemaran ramai iaitu Samurai Burger. Ia menampilkan dua pilihan hidangan iaitu patti ayam dan patti daging yang dipanggang bersama sos Teriyaki manis.

Bersama-sama dengan burger ini juga, McDonald’s turut membawakan kepada anda manisan kegemaran ramai iaitu Dinosaur McFlurry dan Pai Pisang. Nikmatinya hari ini dengan menyediakannya sebagai pelengkap hidangan berbuka puasa anda.