Memori indah yang tercipta semasa musim perayaan adalah hadiah tidak ternilai dan kekal sepanjang hayat. Tambahan pula tahun ini akan menjadi tahun pertama rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya bersama orang yang tersayang selepas dua tahun perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Maka, Aidilfitri tahun ini bakal menjadi sambutan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan pastinya potret kenangan Raya kali ini akan menjadi lebih istimewa. 

Jadinya, sudah tiba masa anda menggantikan potret dan hiasan gantung rumah yang lama kepada yang baharu. Dan bagi memastikan ia tidak merosakkan dinding anda, Tajria hari ini ingin berkongsi tips kepada anda cara menggantung bingkai gambar dengan lebih mudah dan selamat.

Tips Menggantung Bingkai Gambar Tanpa Merosakkan Dinding

Bagi anda yang telah merancang untuk meletakkan hiasan gambar dan bingkai serba baharu pada dinding rumah sepanjang hari raya ini, berikut adalah senarai bahan yang boleh anda gunakan tanpa merosakkan cat atau wallpaper dinding anda:

  1. Pilih bingkai dan gambar yang ingin digantungkan.
  2. Kemudian, ukur jarak antara bingkai yang bersesuaian.
  3. Setelah itu, tandakan kawasan yang ingin anda gantung.
  4. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan ukuran gantung, maka baru mula melekatkan 3M Command Picture Hanging Strips untuk menggantung bingkai.

Untuk pengetahuan anda, 3M Command Pictire Hanging Strips bukan sahaja tidak meninggalkan bekas gam pada dinding, tetapi turut berkemampuan menampung berat bingkai gambar sehingga 7.2kg tanpa perlu menggunakan paku atau skru.

Bergantung kepada bingkai gambar anda, pita pelekat ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih, serta menampilkan pelbagai saiz sama ada kecil, sederhana dan besar.

Idea Susun Atur Bingkai Gambar Untuk Rumah Anda

Berikut adalah beberapa gaya berbeza yang boleh anda pilih untuk menghiasi dinding rumah anda pada Hari Raya ini: 

  • Gaya Panorama 
    • Susunan foto seperti ini sesuai diletakkan di bahagian lorong yang menghubungkan ruang tamu dan dapur yang mana ia boleh mengisi ruang dinding yang luas. 
  • Garis Masa
    • Gaya garis masa ini sesuai untuk dijadikan galeri yang menunjukkan detik-detik indah yang telah berlalu seperti foto sambutan Hari Raya dengan ahli keluarga besar dan terdekat, foto keluarga anda, sambutan hari lahir dan memori indah yang lain. Ia sesuai untuk ruang yang memberikan ketenangan seperti di ruang tamu.
  • Foto Berkembar Tiga
    • Sesuai untuk foto yang saling berkait yang menampilkan sesuatu tempat atau tema tertentu seperti “Memori Raya” yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Gaya ini sesuai diletakkan di ruangan keluarga atau ruang bilik yang kecil seperti bilik tidur. 
  • Organik 
    • Galeri seperti ini menggabungkan foto-foto orang dan  tempat-tempat menarik. Anda boleh mempamerkan gambar rumah terbuka Hari Raya yang berbeza atau tempat yang pernah anda kunjungi bersama keluarga. Gaya ini sesuai diletakkan di ruang tamu dan ruang makan. 

Menarik bukan? Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk 3M Command, ianya boleh didapati di semua kedai berhampiran seperti Ace Hardware, Aeon, Aeon Big, HomePro, Jaya Grocer, Lotus’s, Mydin, Parkson, Popular, Village Grocer dan kedai atas talian Shopee dan Lazada.