Nampaknya, anda kini boleh menarik lafas lega kerana terdapat beberapa amalan kebiasaan sewaktu Hari Raya kini sudah boleh dilakukan dengan lebih meriah untuk tahun ini.

Berikut adalah senarai aktiviti Hari Raya Aidilfitri yang kini dibenarkan:

  1. Aktiviti bersalaman bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. Namun, anda masih perlu menjaga kebersihan diri dan kerap membasuh tangan selepas bersalaman.
  2. Solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di masjid dan surah serta rumah persendirian. Namun, individu yang bergejala tidak dibenarkan hadir.
  3. Aktiviti ziarah dan rumah terbuka.
  4. Takbir raya dari rumah ke rumah.
  5. Aktiviti keagamaan seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis turut boleh diadakan tanpa perlu melakukan penjarakkan sosial.

Untuk pengetahuan anda juga, kerajaan turut mengumumkan yang mana pemakaian pelitup muka kini tidak lagi diwajibkan sewaktu berada di luar bangunan. Anda juga tidak perlu melakukan imbasan MySejahtera ketika masuk ke dalam premis.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai status ‘Berisiko Tinggi’ dan dibawah pengawasan HSO masih lagi tidak dibenarkan berkunjung ke mana-mana premis.

Merujuk kepada SOP yang telah diumumkan KKM, perubahan SOP untuk aktiviti Hari Raya Aidilfitri akan mula berkuat-kuasa bermula 1 Mei 2022. Dengan ini, anda sudah boleh mula merancang aktiviti hari raya supaya sambutan Aidilfitri kali ini akan menjadi lebih meriah.