Siapa dalam kalangan anda yang telah mula membayangkan kemeriahan dan keindahan raya untuk tahun ini? Pastinya ramai, bukan?
Mana tidaknya, tahun ini merupakan tahun pertama kita menyambut Hari Raya di kampung halaman setelah 2 tahun terkandas di tengah kota raya rentetan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, ramai dalam kalangan individu yang tidak ingin ketinggalan untuk memilih yang terbaik untuk raya kali ini.
Apa yang terbaik tu? Sudah tentulah duit raya ekstra, drama raya yang menarik dan tidak lupa juga internet yang terbaik! Tetapi bagaimanakah cara untuk mendapatkan semua yang terbaik untuk Aidilfitri 2022 ini?
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Tawaran Menarik Untuk Raya Kali Ini?
Bercerita mengenai sambutan raya, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, segala persiapan raya akan dilakukan 100% di kedai fizikal. Namun, sejak era kebangkitan internet bermula, hampir semua akses kepada kelengkapan diri dan rumah boleh dilakukan secara atas-talian.
Sebut sahaja produk apa yang ingin anda dapatkan. Semuanya boleh dibeli secara digital. Kesan daripada itu, kebanyakan jenama dan peniaga mula menawarkan harga yang sangat kompetitif selain turut memberikan ganjaran yang lumayan kepada pelanggan mereka.
Dengan lambakan produk dan barangan ini juga, pernahkah anda terfikir bahawa sekiranya anda benar-benar mendapat tawaran yang berbaloi?
Untuk mengetahuinya, Tajria hari ini ingin berkongsi tiga (3) langkah-langkah yang boleh anda praktikkan dalam mendapatkan tawaran terbaik di samping kunci utama yang perlu anda dalam setiap keputusan yang dilakukan sebelum memilihnya.
Langkah 1: Senaraikan Pilihan Keperluan Anda Daripada Pelbagai Kedai
Untuk membantu anda dan ibu merasa kurang tertekan dalam mengurus dan mengatur persiapan Hari Raya Aidilfitri, anda disarankan untuk menyediakan senarai barangan dan keperluan yang anda perlukan. Apabila telah mengetahui apakah yang ingin anda cari dan pilih, ia akan menjadi lebih mudah untuk melihat tawaran terbaik yang disediakan oleh setiap jenama.
Sebagai contoh, untuk internet raya, tahukah anda Celcom kini menawarkan pelan internet yang sangat berbaloi dan mampu milik untuk keluarga? Ya, internet raya untuk keluarga melalui langganan pelan Celcom MEGA™ Family.
Menerusi pelan Celcom MEGA™ Family, anda bukan sahaja akan menikmati pelbagai ganjaran lumayan untuk raya tetapi juga membolehkan setiap ahli keluarga merasai pengalaman yang lancar sepanjang menggunakan internet tanpa terikat dengan mana-mana kontrak. Malah, anda juga boleh menebus tawaran beli 1 percuma 1 Talian Keluarga dan jimat sehingga RM240 untuk 6 bulan.
Setelah berjaya melakukan penjimatan perbelanjaan internet raya, pastinya anda akan mempunyai bajet ekstra untuk duit raya bukan? Dengan ini, dapatlah anak saudara, sepupu dan ahli keluarga yang lain menikmati duit raya yang lebih ekstra daripada biasa.
Ditambah lagi dengan pemberian duit raya dari abang, kakak, makcik dan pakcik yang lain, aktiviti mengumpul duit raya juga akan bertambah menyeronokkan.
Langkah 2 – Pilih Keperluan Yang Paling Berbaloi
Seterusnya, setelah selesai menyenaraikan segala kelengkapan raya yang diperlukan di setiap kedai, jadi tiba masanya anda memilih pilihan yang terbaik dan memenuhi segala keinginan anda termasuk waktu dan bajet perbelanjaan.
Perkara ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana bagi setiap pilihan yang dilakukan akan memberikan kesan tidak kira kecil atau besar kepada anda. Oleh itu, ketahui segala kelebihan dan kekurangan yang ditawarkan oleh setiap jenama.
Sekiranya anda memilih pelan pascabayar Celcom MEGA™ Family,anda boleh menikmati data internet tanpa had dengan pengalaman tontonan video pada resolusi Full HD bersama-sama tahap kualiti bermain permainan mudah-alih dan mendengar muzik yang lebih lancar.
Penawaran ini pastinya sangat bersesuaian untuk anda yang gemar melakukan aktiviti raya bersama. Ia kerana dengan adanya pelan Celcom MEGA™ Family, waktu bermain permainan mudah-alih kini lebih meriah apabila dinikmati bersama saudara mara yang lain. Lebih-lebih lagi jika dipadankan bersama dendangan lagu-lagu raya yang mengimbau kenangan, sambutan raya tahun ini pastinya akan menjadi yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Disebabkan Celcom MEGA™ Family ini adalah fleksibel, anda tidak perlu risau akan kekangan dari segi penggunaan internet. Anda boleh bertukar antara pelan Unlimited atau pelan Lightning di dalam Celcom MEGA™ Family dengan mudah.Hanya perlu tunggu setiap 2 kitaran bil sebelum anda boleh mula bertukar. Semuanya bergantung pada keperluan mudah alih anda. Menarik bukan?
Jika anda bertanya kepada Tajria, apakah pelan internet yang boleh anda langgan untuk raya ini? Jawapannya, anda mungkin akan berminat dengan pelan Unlimited Celcom MEGA™ Family kerana ia memberi akses kepada internet tanpa had. Dengan adanya kuota internet sebanyak ini, tentu sambutan Hari Raya lebih ceria bersama saudara mara. Anda juga boleh merakam video di Instagram dan TikTok tanpa had dan tanpa sempadan sewaktu berada kampung.
Selain itu, untuk anda yang mempunyai bajet perbelanjaan yang lebih rendah, pelan pascabayar Celcom MEGA™ Family device bundle juga ada menawarkan kepada pelanggan peluang eksklusif untuk mendapatkan telefon pintar 5G atau menggandingkan peranti pilihan mereka untuk seisi keluarga secara percuma dengan penjimatan sehingga RM1,999!
Langkah 3 – Nikmati Kegembiraan Dengan Pelan Celcom MEGA™ Family
Setelah mendapat tawaran yang lumayan dan berbaloi untuk Hari Raya ini, ia pastinya akan memberikan kepuasan kepada setiap individu. Hal ini kerana, anda tidak lagi perlu berbelanja lebih setiap bulan di samping boleh menambah bajet ekstra bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk saudara mara dan jiran tetangga.
Tidak ketinggalan juga, pelan Celcom MEGA™ Family turut juga membawakan penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 sebulan apabila mereka mendaftar dengan Celcom Home Fibre™
Idea asal sekiranya anda mendapatkan Celcom Home Fibre™ untuk rumah atuk dan nenek, tidak hanya anda boleh menikmati sambungan internet tanpa had, tetapi juga ahli keluarga yang lain yang datang berkunjung boleh bersama-sama merasai kemeriahan beraya sambil menonton drama raya menarik.
Bagaimana cara menonton drama raya menarik secara percuma? Mudah sahaja kerana bagi setiap langganan pelan Celcom MEGA™ Family RM128 dan ke atas, ia membenarkan sehingga 6 Talian Keluarga bagi setiap akaun menonton pelbagai filem dan drama berbeza secara serentak menerusi ciri Video Walla™ plus.
Kemudian, anda akan menerima akses premium untuk Viu dan iQiyi secara percuma dan mula tonton mana-mana filem dan drama yang anda gemari tanpa sebarang gangguan.
Tidak berhenti di situ, dapatkan juga ganjaran eksklusif istimewa lain seperti penawaran baucar dan promosi berbaloi di Zalora, atau kod promo menarik di Foodpanda, pulangan tunai yang meriah di Shopback dan banyak lagi.
Semuanya boleh ditebus terus dengan mudah menerusi aplikasi Celcom Life yang mana anda boleh muat turun aplikasi di kedai atas-talian Apple App Store atau Google Play Store.
Berminat Untuk Mendaftar Sebagai Pengguna Celcom MEGA™ Family?
Ingin menjadi pengguna Celcom MEGA™ Family tetapi tidak tahu bagaimana untuk mula mendaftar? Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan bermula hari ini:
- Kunjungi ke mana-mana rangkaian kedai fizikal Celcom atau layari laman rasmi Celcom.
- Sekiranya anda ingin melakukan pendaftaran secara atas-talian, pergi ke tab ‘Product‘ dan pilih ‘Postpaid‘.
- Kemudian, klik ‘Celcom MEGA™’ dan terokai pelan-pelan yang tersedia seperti Celcom MEGA™ Family RM80, Celcom MEGA™ Family RM98, Celcom MEGA™ Family RM128 dan Celcom MEGA™ Family RM158.
- Apabila telah memilih pelan Celcom MEGA™ Family yang diinginkan, klik ‘Buy Now‘ dan mula mengisi butiran yang diperlukan.
- Anda juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan pelan Lightning atau Unlimited selain mempunyai kelebihan untuk terus kekal menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau bertukar kepada nombor baharu.
Dengan pelan ini, sambutan Hari Raya anda pasti akan lebih meriah berbanding tahun yang sebelumnya. Anda boleh menikmati ekstra duit raya, bergaya dengan baju raya baharu dan tidak ketinggalan menyambut kemeriahan raya dengan peranti dan internet raya yang lebih hebat bersama keluarga tersayang.
Jadi, tunggu apa lagi? Daftar hari ini di Celcom dan raikan raya 2022 dengan lebih ganjaran!
Penafian: Ini Adalah Advertorial Daripada Celcom