Carian
Oden Sate? FamilyMart Gandingkan Hidangan Oden Dengan Kuah Kacang
April 28, 2022 Lina Rosli

Hidangan oden di FamilyMart sememangnya merupakan antara menu kegemaran ramai yang menampilkan variasi pilihan bebola dan oden yang dilengkapkan bersama kuah tomyam dan juga kari.

Namun, bersempena sambutan raya tahun ini, FamilyMart nampaknya ingin menampilkan sedikit perbezaan di samping meraikan kemeriahan Syawal bersama-sama pelanggan mereka menerusi pengenalan Satay Oden atau Oden Sate.

Menggabungkan oden bersama kuah kacang pastinya memberikan pengalaman baru dan unik yang belum pernah dicuba oleh mana-mana jenama lagi. Berdasarkan perkongsian FamilyMart, kuah kacang yang ditawarkan mereka membawakan rasa pedas, manis dan penuh dengan rasa kacang yang sememangnya sama seperti rasa kuah kacang tradisional.

Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan Kuah Kacang Family Mart bersama-sama dengan Oden bermula hari ini. Kuah kacang ini dijual pada harga hanya RM1.90 sahaja bagi setiap senduk yang dipesan.

Komen