Selari dengan pengumuman yang dilakukan oleh KKM pada 27 April 2022 berkenaan aktiviti bersalaman kini dibenarkan, Shokubutsu, jenama di sebalik produk pembersih kulit berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan menyeru warga Malaysia akan kepentingan menjaga kebersihan tangan dan kesihatan kulit dengan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash.

Bukan itu sahaja, pada 5 Mei 2022 juga, ia merupakan Hari Kebersihan Tangan Sedunia, warga Malaysia seharusnya mengambil berat akan kebersihan dan perlu menjadi lebih selektif dalam memilih produk yang digunakan setiap hari, termasuk pembersih tangan dan badan.

Dirumus khas untuk menghapuskan 99.9% kuman dengan bahan antibakteria semula jadi, Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dilengkapi dengan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan yang berupaya memberikan perlindungan semula jadi dan melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit.

Menurut Shokubutsu lagi, produk mereka telah diuji secara dermatologi dan didapati sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain menawarkan produk pembersih tangan yang berkesan dan selamat, Shokubutsu bekerjasama dengan Columbia Asia Hospital. Kolaborasi ini bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang pengetahuan dalam mengimbangi kebersihan tangan dan kesihatan kulit melalui siri siaran langsung di media sosial.

Melaluinya, peserta boleh menerima nasihat pakar dermatologi tentang kepentingan mencuci tangan sambil mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan manfaat membersihkan tangan dalam mengurangkan bakteria patogen pada tangan kita sekaligus mengurangkan kadar jangkitan dalam pelbagai keadaan.

Oleh iut, memilih jenis pembersih tangan dan badan yang betul membantu memberikan perlindungan maksimum. Pada masa yang sama, penambahan prebiotik tumbuhan menyokong pertumbuhan dan aktiviti bakteria baik untuk mikrobiom kulit yang sihat.

Bagi anda yang ingi mendapatkan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash, ia boleh didapati dalam dua varian, Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus) yang juga terdiri dalam dua saiz yang mudah didapati  iaitu  dalam bentuk botol 450g berharga RM10.90 dan pek isian semula 300g pula bernilai RM6.20.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi terkini, layari laman Facebook dan Instagram rasmi Shokubutsu.