Bagi peminat Iced Blended atau Ais Kisar dan juga kopi Latte, McDonald’s kini telah menambah senarai minuman baharu di dalam menu untuk siri Latte iaitu Iced Blended Latte.
Rasakan kesegaran ais kisar yang ditambahkan dengan kepahitan kopi Latte menjadikannya antara minuman berbuka yang cukup sempurna. Ditambah lagi dengan gabungan yang indah di atasnya iaitu krim putar dan serbuk cappuccino, pastinya ia membuatkan Ice Blended Latte antara pilihan menu yang wajib dibeli sewaktu musim panas ataupun di saat anda menginginkan sesuatu yang menarik.

Bersama-sama dengan Ice Blended Latte, McDonald’s turut membawakan pencuci mulut kegemaran ramai iaitu Macarons dengan pelbagai jenis rasa iaitu Coklat, Vanila, Raspberi dan Karamel. Untuk menikmatinya, kunjungi ke McCafe berdekatan anda bermula hari ini.
Berikut adalah harga jualan bagi dua menu baharu McDonald’s:
- Ice Blended Latte – RM12.74
- 3pcs Macarons – RM11.79
Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dengan membuat pesanan Order & Collect melalui aplikasi McD, Drive Thru atau makan di kedai pada hari ini!