Menawarkan hidangan yang lebih sinonim dengan selera dan citarasa tempatan, nampaknya pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) mula menawarkan pilihan hidangan keropok lekor di dalam menu.

Tidak hanya tertumpu kepada hidangan biasa di dalam pawagam seperti bertih jagung dan juga bebola atau nuget, nampaknya pilihan GSC menawarkan keropok lekor boleh dikatakan idea yang unik kerana ia seakan mewujudkan suasana menonton filem seakan di rumah pada waktu petang bersama-sama dengan keluarga.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, berikut adalah senarai pawagam GSC yang menawarkan pilihan hidangan keropok lekor:

  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Queensbay Mall
  • GSC Sunway Carnival
  • GSC Amanjaya Mall
  • GSC Aman Central
  • GSC Ipoh Parade
  • GSC Mid Valley Megamall KL
  • GSC MyTOWN
  • GSC EkoCheras Mall
  • GSC Berjaya Times Square
  • GSC NU Sentral
  • GSC Quill City Mall
  • GSC Summit USJ
  • GSC IOI Mall
  • GSC Alamanda
  • GSC Setia City Mall
  • GSC IOI City Mall
  • GSC Klang Parade
  • GSC 1 Utam
  • GSC 3 Damansara
  • GSC Tropicana Gardens Mall
  • GSC Paradigm Mall
  • GSC Melawati Mall
  • GSC Dataran Pahlawan
  • GSC AEON Bandaraya Melaka
  • GSC Paradigm JB
  • GSC The Mall, Mid Valley Southkey JB
  • GSC East Coast Mall
  • GSC Mentakab Star Mal

Harga jualan untuk hidangan keropok lekor ini adalah RM7.00 untuk set ala carte dengan 8 keping keropok lekor. Sementara RM10.00 jika anda memilih set bersama dengan air mineral Spritzer.