Coway mengumumkan yang mana mereka bakal membuka Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Antarabangsa pertama di Malaysia.
Pembukaan pusat ini bertujuan untuk meneruskan usaha penyelidikan dalam menyediakan penyelesaian yang mengubah kehidupan masyarakat. Dengan kolaborasi bersama Universiti Malaya, ia pusat R&D canggih ini akan ditempatkan di UM, dengan pelbagai makmal untuk menjalankan penyelidikan kualiti air dan tidur.

Coway Malaysia turut menyatakan hasrat untuk memanfaatkan kepakaran profesor dan pelajar dari fakulti Kejuruteraan dan Sains bagi terus mempelopori inovasi teknologinya selain melakukan pertukaran ilmu antara pakar-pakar industri dari Korea Selatan dan Malaysia.
Menerusi pusat R&D ini juga, Coway Malaysia dilihat bakal melakukan penyelidikan yang lebih mendalam tentang cara menambah baik produknya, dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Di samping itu, kerjasama ini juga bakal membuka peluang bagi latihan amali, khidmat rundingan, penajaan, penubuhan makmal dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, pusat R&D pertama Coway telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan bertempat di Taman Penyelidikan Universiti Kebangsaan Seoul di Seoul, Korea Selatan. Ia merupakan salah satu pusat R&D terbesar di dunia yang mana ia dilengkapi dengan 182 peranti dan peralatan canggih.
Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, anda boleh kunjungi laman rasmi mereka bermula hari ini.