Setelah dua tahun beraya di perantauan, pastinya ramai individu tahun ini tidak ingin melepaskan peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman. Mana tidaknya, rendang, ketupat, lemang dan kuih raya sudah lama tidak dijamu bersama keluarga tercinta.
Namun, di dalam kita teruja untuk menyambut Hari Raya beramai-ramai di kampung, harus diingatkan akan keselamatan rumah yang diduduki harus dititikberatkan sebelum pulang beraya untuk tempoh yang lama.
Menurut laporan, kadar jenayah pecah rumah dijangka akan meningkat sepanjang Syawal ini rentetan kebanyakkan rumah akan ditinggalkan kosong sepanjang minggu pertama raya. Oleh sebab itu, PDRM sudah giat melakukan hebahan dalam membanteras jenayah ini dengan cara melakukan rondaan di kawasan-kawasan perumahan.
Tahukah anda bahawa pihak PDRM sebelum ini telahpun hadir dengan inisiatif yang memudahkan mereka mengenalpasti lokasi-lokasi yang memerlukan rondaan keselamatan? Anda hanya perlu mengisi borang balik kampung dan hantarkannya ke balai polis berdekatan anda.
Selain borang balik kampung, PDRM turut memperkenalkan VSP atau dikenali sebagai Volunteer Smartphone Patrol. Melaluinya, kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak polis dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Namun, berdasarkan percubaan Tajria untuk mendaftar menggunakan aplikasi, ia tidak boleh digunakan disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan aplikasi. Namun, anda masih boleh mendapatkan borang fizikal bertulis untuk pemberitahuan balik kampung sewaktu musim raya ini.
Di bawah ini adalah contoh borang balik kampung dan memaklumkan tentang meninggalkan rumah kediaman untuk bercuti:
Sekiranya anda telah sedia mendaftar sebagai ahli di VSP, anda boleh terus menghantar borang balik kampung terus pada aplikasi. Berikut adalah panduan pendaftaran dan penghantaran borang.
Muat turun aplikasi VSP di Play Store atau App Store bermula hari ini.