Sebelum anda pulang ke kampung, jangan lupa singgah di kedai runcit, kedai serbaneka atau pasaraya untuk mendapatkan minuman berperisa terbaru daripada Dutch Lady iaitu Signature Chocolate dan Signature Chocolate Hazelnut.
Apa yang menarik mengenainya, minuman Dutch Lady yang terbaru ini boleh didapati dalam bentuk tin dan bukan lagi kotak seperti produk yang telah dikeluarkan sebelum ini. Jangan terkeliru dengan susu berperisa coklat yang telah dipasarkan, Signature Chocolate dan Signature Chocolate Hazelnut merupakan variasi baharu yang lebih memfokuskan kepada rasa coklat yang lebih pekat.

Malah, Dutch Lady juga dilihat mula memperluaskan sasaran pasaran mereka dan tidak hanya tertumpu kepada individu yang menginginkan sumber tenaga di pagi hari melalui pengambilan susu.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, Dutch Lady Signature Chocolate dan Dutch Lady Signature Chocolate Hazelnut boleh didapati pada harga RM9.60 untuk 4 tin di Lazada.