Baru-baru ini, McDonald’s telah mengumumkan bahawa mereka kini mengalami masalah kekurangan rakan penghantar untuk pesanan hidangan menerusi McDelivery.

Kesan daripada masalah ini, mereka menyatakan bahawa penghantaran makanan dan minuman yang dipesan secara atas-talian dijangka akan mengalami kelewatan dan mengambil masa yang lebih lama untuk tiba di rumah pelanggan.

Oleh yang demikian, anda disarankan untuk melakukan pesanan terus di cawangan fizikal McD berdekatan anda bagi menikmati hidangan yang diinginkan untuk sepanjang musim cuti sempena hari raya ini.