Sebelum ini, Coca-Cola telah memperkenalkan sebuah rasa baharu dan juga berbeza menerusi produk Coca-Cola Starlight. Namun, untuk pasaran Malaysia, jenama ini nampaknya membawakan satu lagi perisa lain iaitu Coca-Cola Starshine.

Untuk pengetahuan anda, Perisa Starshine merupakan siri edisi terhad yang diilhamkan dari angkasa lepas selain dihasilkan dibawah sub-jenama Coca-Cola Creations. Menerusi sub-jenama ini, mereka akan berekperimen dan memperkenalkan produk dan pengalaman baharu merentasi dunia fizikal dan digital yang tidak pernah anda jumpai dalam mana-mana pasaran.

Berbeza dengan Coca-Cola Starlight yang dilancarkan di Amerika Syarikat pada Februari 2022 yang lepas, Coca-Cola Starshine dihasilkan daripada Coca-Cola Zero yang dilengkapi dengan nota tambahan yang unik.

Sewaktu anda menikmati minuman ini, ruang rasanya seperti gula-gula kapas minty serta membawakan warna cecair minuman yang lebih berani dan terang iaitu warna merah.

Tambah Coca-Cola lagi, Coca-Cola Starshine mengingatkan kepada bintang di sekitar unggun api, serta sensasi menyejukkan yang membangkitkan perasaan perjalanan sejuk ke angkasa. Untuk menikmatinya, anda boleh mula mendapatkan minuman terbaru daripada Coca-Cola Creations di semua rangkaian 7-Eleven berdekatan anda pada harga sekitar RM3 sebotol.