Dengan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan di kebanyakkan negara seluruh dunia, arena pelancongan kembali menjadi fokus utama pelbagai negara.
Salah satunya, Vietnam kini telah memperkenalkan dan membuka kepada umum, jambatan kaca terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 632 meter.
Jambatan gantung ini terletak pada ketinggian 150 meter dari tanah, sekaligus memberikan pengalaman yang agak teruja kepada pengunjung.
Jambatan ini boleh menyokong sekitaar 500 orang pada sesuatu masa, dan menggunakan struktur kaca setebal 1.5-inci. TIket masuknya berharga sekitar RM122.

Dengan pengenalan jambatan kaca ini, ia semestinya akan menjadi salah satu destinasi yang dituju apabila pergi bercuti di Vietnam.
(Sumber : Insider, Vietnam Tourism)