Setelah memperkenalkan perisa pisang dan kurma, kini Farm Fresh mula hadir dengan satu lagi perisa kegemaran ramai iaitu Farm Fresh Strawberry Milk.

Berbeza dengan perisa Farm Fresh Yogurt Strawberry yang telahpun ditawarkan di pasaran sebelum ini, perisa terbaru dari Farm Fresh ini hadir dengan rasa yang sebenar yang mana mereka menggabungkan adunan susu segar dan buah strawberi di dalam satu hidangan yang sesuai disajikan kepada semua lapisan generasi.

Walau bagaimanapun, penawaran Farm Fresh Strawberry Milk ini masih lagi terhad dan hanya boleh didapati di beberapa lokasi terpilih sahaja. Selain ditawarkan di rangkaian fizikal, anda juga boleh mendapatkannya daripada stokis atau agen jualan berdekatan anda.