Baru-baru ini, Tajria sempat mencuba sos misteri baharu dari Nando’s Malaysia yang mana hidangan ini ditawarkan lebih awal kepada ahli eksklusif bermula 5 hingga 8 Mei 2022.
Untuk menikmatinya, anda perlu memilih lokasi Nando’s yang boleh anda kunjungi untuk ‘Dine-In’ dan kemudian terus melakukan pesanan pra-tempah yang dipaparkan di dalam tab ‘Member Exclusive’ pada halaman utama aplikasi.
Berdasarkan percubaan Tajria untuk sos baharu ini, secara amnya, ia mempunyai rasa yang lebih pedas berbanding perisa ‘Extra Hot’ yang sedia ada selain turut dilengkapi dengan rasa bawang putih yang lebih kuat dalam setiap gigitan.
Dinamakan sebagai sos Vusa XX Hot, ia merupakan rasa baharu yang mendapat inspirasi dari hidangan Afrika. Ia menggabungkan bahan-bahan utama seperti African Bird’s Eye Chilli, lemon dan juga bawang putih.
Dengan menampilkan African Bird’s Eye Chilli di dalam senarai bahan, ia sekaligus menjadikan sos Vusa XX Hot ini berada di kedudukan tertinggi untuk tahap kepedasan di Nando’s.
Jadi, berminatkah anda untuk mencuba sos baharu dari Nando’s ini? Mula pra-tempah hidangan ini sebelum terlambat.
Namun, sekiranya anda terlepas untuk menjadi yang terawal menikmati sos Vusa XX Hot, ia boleh mula diakses bermula 9 Mei 2022 yang mana ia ditawarkan pada harga RM27.90.