Jika anda lihat di dalam kebanyakan resipi, perasankah anda bahawa terdapat variasi pilihan coklat yang akan digunakan untuk menyediakan kek, pastri atau biskut?

Antara jenis coklat yang digunakan termasuklah:

  • Serbuk koko
  • Coklat pembakar/masakan (Baking Chocolate)
  • Bar coklat (Perisa coklat gelap, susu dan putih)
  • Cip coklat

Untuk pengetahuan anda, bahan coklat di dalam kek digunakan bagi menyediakan struktur yang lebih baik pada kek selain menyerap kelembapan yang terhasil dari dalam sajian. Kek yang diformulasikan dengan coklat biasanya memerlukan lebih banyak air dan telur jika dibandingkan dengan kek tanpa produk koko.

Malah, dengan kehadiran coklat dan koko juga, ia turut menambah warna yang lebih menarik tanpa memerlukan penggunaan pewarna tambahan sewaktu penyediaannya.

Apakah Perbezaan Jenis Coklat Yang Digunakan Di Dalam Kek?

Bagi anda yang ingin membuat dan menyediakan kek berasaskan coklat, berikut adalah beberapa jenis coklat yang berbeza yang perlu anda ketahui.

Serbuk Koko

Menjadi antara bahan utama di dalam kek coklat, serbuk koko adalah produk yang terhasil daripada biji koko yang mana ia biasanya tidak mempunyai gula yang menjadikan penggunaannya memberikan hasil yang lebih pahit dan kaya dengan coklat.

Secara umumnya, terdapat dua jenis serbuk koko iaitu serbuk koko asli tanpa gula dan serbuk koko yang diproses tanpa gula. Apabila anda menggunakan salah satu daripada produk ini, ia membawa maksud bahawa anda perlu menambah beberapa produk lain seperti gula, mentega dan lain-lain.

Coklat Pembakar/Masakan

Coklat pembakar digunakan terutamanya sebagai ramuan dalam resipi seperti brownies, kek, dan frosting. Walaupun bentuk coklat pembakar yang tulen tidak mempunyai tambahan gula, namun bagi kebanyakan jenama coklat utama yang ditawarkan di pasaraya selalunya mempunyai beberapa versi manis untuk dipilih.

Sekiranya resipi kek anda memerlukan keperluan secara khusus, anda perlu memilik variasi “coklat pembakar separa manis” atau “coklat pembakar manis”. Jika anda menggunakan secara salah, hasil kek anda mungkin akan terjejas atau tidak seperti yang digambarkan.

Bar Coklat

Sementera untuk bar coklat pula, tidak seperti bentuknya yang rigid, bar coklat menawarkan banyak kepelbagaian kepada pembuat kek di rumah. Mungkin penggunaan yang paling jelas adalah sebagai pengganti cip coklat di dalam resipi biskut.

Tidak seperti serbuk yang mudah larut, bar coklat boleh menambah tekstur pada kek yang mana untuk sesetengah resipi, anda mungkin akan merasa gigitan yang penuh rasa coklat di dalamnya. Disebabkan itu juga, potongan bar coklat turut memainkan peranan penting di dalam hidangan.

Jika ia dipotong kecil, coklat anda akan lebih mudah cair dan tersebar secara sekatan. Sementara potongan yang besar pula mungkin membantu anda mendapatkan tekstur kek yang lebih kenyal dan lembap sewaktu menikmatinya.

Cip Coklat

Akhir sekali, untuk cip coklat pula ia menghasilkan tekstur yang konsisten tidak kira sama ada anda menggunakannya untuk penyediaan biskut kuki ataupun kek.

Hal ini kerana, ia dapat mengekalkan bentuknya dengan lebih baik di dalam ketuhar apabila sewaktu dikacau atau digaul menjadi doh dan adunan. Bukan itu sahaja, disebabkan ia tidak mudah cair juga, ia cip colat turut memberikan lebih rasa dalam hidangan bakar jika dibandingkan dengan penggunakan bar coklat.

Seperti yang anda lihat perbezaan keempat-empat jenis coklat ini menyebabkan setiap resipi akan menggunakan variasi jenis coklat di dalamnya untuk menjadikan rasa di setiap gigitan lebih lazat dan sempurna.