Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan snek istimewa dari Lay’s dengan hanya memesan sajian kombo KFC kegemaran anda bermula hari ini.

Snek ini menampilkan kerepek kentang pedas berperisa ayam yang ditawarkan secara eksklusif di KFC sejak 28 April 2022 yang lalu. Menurut KFC, kolaborasi ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga bersempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Berdasarkan menu yang dipaparkan di laman rasmi KFC, berikut adalah senarai sajian kombo yang menawarkan snek Lay’s bersama-samanya.

  • Set Kombo Zinger Classic x Lay’s – RM 15.99
  • Set Kombo Zinger Cheezilla x Lay’s – RM 21.99
  • Set Kombo Zinger Cheezy x Lay’s – RM 16.49
  • Set Kombo Zinger Stacker x Lay’s – RM 19.99
  • Set Kombo Colonel Classic x Lay’s – RM 11.49
  • Set Kombo 9-pc Nuggets x Lay’s – RM 16.99
  • Set Kombo 6-pc Nuggets x Lay’s – RM 13.49

Bagi yang berminat, kunjungi rangkaian KFC berdekatan anda ataupun lakukan pesanan secara atas-talian menerusi aplikasi KFC Delivery untuk memilih set kombo yang anda gemari.

Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store / App Store