Ramai dalam kalangan individu yang sering terlepas pandang akan kepentingan memasang jeriji tingkap dan pintu yang mengikut spesifikasi pemasangan yang dibenarkan bomba.
Hal ini kerana, jika ia tidak menepati kriteria yang dinyatakan, ia dikhuatiri boleh mencetuskan kesukaran untuk pasukan penyelemat melakukan operasi menyelemat sekiranya berlaku insiden atau kemalangan di rumah atau pejabat.

Garis Panduan Pemasangan Jeriji Kediaman Yang Dibenarkan
Perkara utama yang perlu anda pertimbangkan sewaktu pemasangan jeriji adalah memilih rekaan atau jenis binaan yang dapat dibuka dengan mudah dari bahagian dalam atau tanpa kunci sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, Jabatan Bomba Dan Penyelemat Malaysia juga turut mengesyorkan pemasangan jeriji yang:
- Mempunyai kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak terlalu mahal dan membebankan
- Mendapat kelulusan dan nasihat dari pegawai jabatan.
- Jika pemasangan dengan kunci diperlukan, tatacara pembukaannya mestilah mudah dilakukan oleh semua golongan lapisan masyarakat.
Berikut adalah jenis jeriji yang dibenarkan untuk pemasangan di rumah atau pejabat:


- Pilih rekaan jeriji yang membolehkan pasukan penyelemat membuka dan mencabut pin untuk menanggalkannya.
- Selain itu, elakkan daripada menggunakan jenis jeriji yang diperbuat daripada bahan yang mudah karat dan sukar untuk dipotong seperti besi asli yang berat dan sebagainya. Menurut perkongsian pakar, jenis jeriji aluminium adalah jenis bahan yang tidak mudah karat dan ringan. Jadinya, ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang tinggal di kawasan rumah tinggi kerana proses menyelamat akan menjadi lebih lancar.
- Akhir sekali, anda juga disarankan untuk tidak memilih jeriji berdasarkan rupa kosmetik semata dan perlu menerokai pilihan-pilihan baharu yang mengutamakan keselamatan sepanjang masa.
Sumber: UKKP