Penjagaan gigi dengan betul merupakan antara tabiat yang penting dan perlu dipraktikkan oleh semua individu tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun orang tua.

Hal ini kerana, sekiranya anda mula mengalami masalah kehilangan gigi pada awal usia, ia bukan sahaja boleh menjejaskan kelancaran gigitan, tetapi juga turut akan memberi kesan kepada senyuman, struktur muka, kesihatan keseluruhan dan jangka hayat anda.

Berikut adalah tiga sebab mengapa penting untuk menjaga gigi anda:

  • Menggalakkan kualiti hidup – Individu yang tidak peka dengan kebersihan dan penjagaan gigi, mereka cenderung mengalami salah jajaran gigitan yang menimbulkan masalah apabila makan atau menyebut perkataan dengan jelas. Oleh itu, selalunya mereka yang kehilangan gigi hanya tersenyum dengan bibir mereka atau mengelak bercakap dengan orang dalam perbualan kumpulan kecil.
  • Mengurangkan masalah kesihatan – Masalah gigi juga boleh menjadi petunjuk untuk masalah kesihatan mulut atau isu perubatan lain seperti rheumatoid arthritis, demensia, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan kanser mulut yang mana ia akan mengehadkan jangka hayat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai trend penjagaan gigi yang berlaku di Malaysia, Tajria baru-baru ini telah hadir dengan sesi temu bual bersama Dr. Melissa iaitu Pengurus Rakan Kongsi di Zenyum Malaysia.

Mari Kenali Zenyum Dan Servis Yang Ditawarkan Jenama Ini

1. Boleh kongsikan, apakah pandangan Dr. Melissa tentang tabiat penjagaan diri dalam kalangan individu di Malaysia secara menyeluruh?

Pandangan saya secara menyeluruh terhadap kalangan individu di Malaysia adalah agak memuaskan tetapi terdapat segelintir individu bagi sesetengah golongan masih mempunyai tahap penjagaan gigi yang kurang memuaskan.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh paras ketercapaian di beberapa kawasan di sekitar Malaysia masih lagi rendah yang menyebabkan ramai dalam kalangan individu yang tidak peka dengan masalah yang boleh berlaku apabila mereka lalai tentang penjagaan gigi.

2. Adakah terdapat peningkatan trend kunjungan individu ke klinik pergigian dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini?

Sejak kebelakangan ini dengan adanya wabak covid yang melanda satu dunia, trend kunjungan tidak boleh dijangka secara tepat atas sebab faktor yang tertentu.

Di tambah lagi dengan tabiat pemakanan di rumah yang tidak dikawal rapi oleh individu, terdapat risiko untuk mereka mula mengalami masalah kehilangan gigi selepas dua tahun duduk di rumah dan tidak berkunjung ke klinik pergigian.

3. Manakah kumpulan individu yang paling kerap masalah penjagaan gigi dan kekerapa mereka kunjungi ke klinik pergigian?

Kumpulan individu yang mempunyai masalah penjagaan gigi yang paling ketara ialah golongan dalam lingkungan 40 dan ke atas sebab mereka berpendapat bahawa penjagaan gigi tidak perlu dilakukan dengan kerap bersama doktor gigi. Ini menyebabkan mereka mempunyai masalah gigi yang menjadi lebih serius.

4. Apakah produk yang paling digemari/mendapat permintaan yang ramai di Zenyum?

Di Zenyum, antara produk yang mendapat permintaan ramai adalah pendakap gigi ataupun lebih dikenal sebagai ‘Invisible braces’.

Permintaan yang tinggi untuk produk ini mungkin didorong oleh penawarannya yang berbeza daripada pendakap gigi biasa yang menggunakan besi. Selain daripada pendakap gigi, satu lagi produk yang digemari orang ramai ialah ‘Sonic toothbrush’ yang menampilkan rekaan estetik yang sangat cantik di samping kegunaan yang baik.

5. Apakah inisiatif atau kaedah yang akan diperluaskan oleh Zenyum dalam memastikan orang ramai lebih-lebih lagi masyarakat luar bandar terdedah dengan kepentingan penjagaan gigi?

Zenyum berharap dapat merperluaskan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan gigi melalui:

  • Capaian di media sosial.
  • Perlaksanaan program yang boleh menjangkau lebih ramai golongan.

6. Perbezaan yang ingin ditampilkan oleh Zenyum dari segi produk atau servis kepada pengguna?

Zenyum adalah produk yang berkualiti dan boleh digunakan oleh orang ramai dengan kos yang mampu-milik. Malah, kesemua pakar pergigian di Zenyum juga telah hadir dengan pelan rawatan dan kesihatan pergigian yang mudah diakses pada aplikasi Zenyum yang tersendiri.

7. Bagaimana Zenyum memastikan produk dan servis yang ditawarkan adalah relevan dengan permintaan pengguna?

Pihak penyelidik di Zenyum melihat rapat dengan keperluan pengguna di samping memastikan ia selari dengan perkembangan teknologi dunia. Daripada situ, kami dapat mengetahui apakah produk yang sesuai untuk pelanggan dan bagaimana ia dapat membantu meringankan beban individu dalam mendapatkan khidmat penjagaan gigu yang efektif.

8. Bolehkah Dr. Melissa kongsikan tentang jumlah pelanggan yang telah menggunakan servis Zenyum setakat ini? Jika mempunyai peratusan atau data yang menyokong kepada jumlah tersebut 

Zenyum telah menukar hampir 20,000 senyuman di seluruh Asia berprinsipkan ‘ Making Asia Smile More.