Untuk pengetahuan anda, Watsons telah sedia hadir dengan ciri Click & Collect yang mana anda boleh melakukan pesanan awal dan mengambilnya terus di rangkaian fizikal terpilih berdekatan anda.

Dengan adanya penawaran Click & Collect, ia bukan sahaja memudahkan proses pembelian tetapi juga menjimatkan masa anda untuk mencari parkir dan seterusnya beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.

Sekiranya anda ingin melakukan pembelian menggunakan ciri Click & Collect ini, anda hanya perlu:

  1. Muat-turun aplikasi Watsons MY di App Store atau Play Store.
  2. Kemudian, daftar atau log masuk ke dalam aplikasi.
  3. Tambah barangan yang ingin dibeli di dalam bakul.
  4. Pastikan anda memilih tab ‘Click & Collect Express’ dan tetapkan lokasi pengambilan barangan yang mudah untuk anda kunjungi.
  5. Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, pembayaran atas-talian, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.

Cawangan Pandu-Lalu Watsons Yang Pertama Di Johor Bahru

Selari dengan pengenalan Click & Collect, Watsons turut memperkenalkan cawangan pandu-lalu mereka yang pertama di TD Central, Johor Bahru.

Menerusinya, pengunjung yang telah melakukan pesanan boleh terus menggunakan lorong pandu lalu untuk ambil barangan yang telah dipesan awal.

Namun, harus diingatkan bahawa pastikan anda menerima notifikasi SMS dari Watson terlebih dahulu sebelum mengunjungi ke kedai fizikal mereka. Hal ini kerana, sekiranya anda belum menerima apa-apa notis atau pemberitahuan, ia menunjukkan bahawa barang yang dipesan masih belum sedia untuk diambil.

Sumber: TD Central