Pernahkah anda berada di dalam keadaan yang mana makanan atau minuman yang dipesan dari kedai menampilkan tekstur dan visual yang tidak elok sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan?

Jika ya, tahukah anda bahawa perkara ini boleh dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan lanjut?

Ini 7 Keadaan Makanan Dan Minuman Yang Boleh Anda Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Sekiranya anda mendapati makanan dan minuman anda:

  1. Tidak dimasak sempurna
  2. Basi dan telah rosak
  3. Boleh menyebabkan gejala keracunan
  4. Dikendalikan di kawasan kedai yang tidak bersih
  5. Disediakan oleh peniaga yang tidak mendapatkan vaksin
  6. Menggunakan bahan berbahaya untuk pek pembungkusan
  7. Ada bendasing seperti telur lipas, cicak dan lain-lain

Aapakah Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Membuat Laporan?

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mula melakukan aduan:

  1. Ambil gambar bukti yang menunjukkan keadaan makanan dan minuman yang anda terima.
  2. Simpan sampel makanan sekiranya ia bersesuaian untuk dibawa sebagai bukti.
  3. Kenalpasti dan catatkan nama serta lokasi premis.
  4. Tunjukkan bukti yang telah dirakam kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan.

Selain itu, Bahagian Kesihatan Dan Kualiti Makanan juga turut mengajak orang ramai untuk berkongsi maklumat tentang kedai atau restoran dengan kualiti penyediaan makanan yang rendah bagi memudahkan mereka melakukan pemantauan ke setiap kedai.

Usah berdiam diri sekiranya anda mengalami situasi seperti ini. Laporkan segera kepada pihak berkuasa supaya lebih ramai individu dapat menikmati makanan yang lebih bersih dan lebih sihat setiap hari.