NUTOX adalah jenama penjagaan kulit anti-penuaan terkemuka di Malaysia yang kini telah hadir dengan rangkaian produk terbaru yang memfokuskan kepada hidrasi dan seri wajah iaitu NUTOX Renewing Treatment.
Menurut NUTOX, sepanjang pandemik mereka menyedari bahawa terdapat perubahan dalam keutamaan pengguna yang melibatkan penjagaan wajah yang mana mereka lebih fokus kepada rutin penjagaan wajah di rumah yang lebih ringkas dan minimalis.

Bukan sekadar itu juga, pengguna turut cenderung mencari produk penjagaan wajah yang menghasilkan kulit yang lebih licin dan mulus tanpa mengambil masa yang terlalu lama untuk melihat hasilnya. Oleh itu, dengan menggabungkan trend terkini dan keperluan pengguna, NUTOX menampilkan produk yang diformulasikan dengan bahan-bahan yang sempurna.
Ia termasuklah Actistem Gold Nest (Bird’s Nest Collagen), Caviar Lime (AHA), Betaine dan Niacinamide yang hadir di dalam pek Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule. Melaluinya, anda boleh memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan kelembapan dan menggalakkan penghasilan kulit baharu.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan dua produk baharu dalam rangkaian NUTOX Renewing Treatment iaitu Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule, kedua-duanya ditawarkan sudah mula dijual di Shopee, Lazada, Watsons, Guardian dan AEON Wellness pada harga RM79.90 untuk Renewing Treatment Moisturising Essence dan Renewing Treatment Ampoule pula ialah RM88.90.