Sebelum ini, Cadbury telahpun menawarkan Cadbury Dairy Milk BITES 50g pada September 2020 yang lalu. Pengenalan hidangan ini dilihat telah mendapat sambutan yang meriah dari pelbagai lapisan generasi. Ia menampilkan tiga perisa yang lazat iaitu Almond, Hazelnut dan Kismis.

Di atas kejayaan tersebut, Cadbury dilihat kembali dengan produk yang ditambah-baik yang mana mereka mula menampilkan saiz pek baharu untuk Cadbury Dairy Milk BITES iaitu 120g. Dengan ini, anda boleh menikmati coklat yang lazat dengan lebih mudah di samping memperoleh kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa.

Menurut Mondelez Malaysia, Cadbury Dairy Milk BITES direka selari dengan keperluan pengguna dengan cara mengambil kira tabiat pemakanan pengguna. Di tambah lagi dengan saiz yang lebih mudah makan, pengguna juga dapat menikmati rasa dan tekstur yang dihidangkan di dalam setiap gigitan.

Untuk Cadbury Dairy Milk BITES 120g, ia membawakan dua perisa yang berbeza, iaitu Happy Hazelnut dan Merry Almond.

Bagi anda yang berminat, Cadbury Dairy Milk BITES 120g kini boleh mula didapati dan dibeli di kebanyakan rangkaian runcit utama seperti Lotus, AEON, AEON BiG, Mydin. Anda juga boleh melakukan pesanan di platform atas-talian Lazada dan Shopee dan nikmati diskaun 15% untuk semua pembelian Cadbury Dairy Milk BITES.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, layari laman Facebook Cadbury atau tonton video promosi mereka di saluran YouTube bermula hari ini.