Bersempena sambutan Hari Lahir Nike yang ke-50, jenama ini telah hadir dengan promosi khusus kepada semua penggemar mereka bermula 17 Mei sehingga 23 Mei 2022.
Anda boleh mendapatkan pelbagai produk menarik termasuk kasut dan jersi pada harga yang lebih berbaloi. Malah, untuk anda yang telah berdaftar sebagai ahli, anda juga berpeluang menikmati tawaran menarik seperti diskaun tambah 30% menggunakan kod MEMBER30 serta terima baucar Nike bernilai RM150 bagi anda yang terpilih dan telah menghantar perkongsian yang menarik kepada Nike.

Antara produk yang perlu anda dapatkan sewaktu promosi ini termasuklah:
- Nike Court Vision Low Premium – RM249
- Nike Metcon 7 – RM449
- Nike Air Force 1 ’07 Premium – RM449
- Liverpool F.C. 2021/22 Stadium Home – RM239
- Nike SB Skate Hoodie – RM209

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan variasi pilihan kasut, baju dan aksesori sukan pada harga yang mampu-milik sepanjang minggu promosi sempena Hari Lahir Nike yang ke-50. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Nike MY bermula hari ini.