Mise en place ialah istilah Perancis yang digunakan untuk semua bahan masakan yang telah disukat, dipotong, dikupas, dihiris, diparut, dikisar dan sebagainya sebelum anda mula memasak.

Mengamalkan mise en place mempunyai beberapa faedah termasuklah:

  • Sebarang bahan yang tidak cukup atau tidak menepati piawaian boleh dikesan sebelum terlambat
  • Mengurangkan risiko kelewatan masa yang mungkin boleh menjejaskan kualiti makanan
  • Menjimatkan masa dalam membersihkan kawasan penyediaan makanan
  • Mengumpulkan bahan atau meletakkannya dalam susunan yang mudah digunakan untuk memastikan semua langkah resipi dapat dilakukan dengan lancar

Antara bahan yang sentiasa berada di dalam senarai Mise en place adalah bawang. Mengapa sedemikian? Salah satu sebab bawang adalah bahan utama bagi kebanyakan masakan selain akan digunakan banyak dalam semua jenis hidangan. Oleh itu, untuk menjimatkan masa, ramai dalam individu akan membuat stok bawang dan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Namun, tahukah anda penyimpanan bawang ini di dalam peti sejuk sebenarnya boleh menjejaskan kualiti udara di dalamnya? Hal ini kerana, bawang merah dan bawang putih mempunyai bau yang cukup kuat dan tajam.

Untuk pengetahuan anda, bau yang kuat ini kerap dikaitkan dengan gabungan natrium tiosulfat dan asid hidroklorik yang mana campuran ini akan menghasilkan bau yang dinamakan sebagai sulfur dioksida. Kedua-dua sebatian ini bertindak balas untuk membebaskan gas sulfur dioksida dan meninggalkan pepejal sulfur sebagai mendakan.

Apabila dibiarkan untuk tempoh yang lama gas dan pepejal tersebut akan meninggalkan bau yang busuk di kawasan sekitarnya.

Bagaimana Cara Untuk Menghindari Bawang Berbau Kuat Di Dalam Peti Sejuk?

Untuk meminimumkan pembebasan bau yang dikeluarkan oleh bawang, biarkan ia bahan kimia yang ada di dalamnya terlebih dahulu.

Kemudian, masukkan di dalam bekas kedap udara yang kering dan tidak lembap kerana jika terdapat cecair di sekitarnya, ia boleh menyebabkan bawang rosak lebih awal sekaligus mengeluarkan bau yang lebih kuat.

Anda juga perlu pertimbangkan untuk menggunakan bawang yang kurang bau atau jenis yang ‘manis’. Kebanyakan bawang manis ini mempunyai rasa yang kurang pedas dan tidak mengeluarkan gas sulfur dioksida yang banyak. Hasilnya, penyimpanannya di dalam peti sejuk juga akan menjadi lebih mudah dan tahan lama.

Akhir sekali, elakkan daripada memotongnya sehingga hancur dan praktik teknik ‘skinning‘. Melalui teknik ini, penyimpanan bawang dikatakan tidak akan menghasilkan banyak bau kerana bahagian dalam bawang tidak bercampur dengan udara yang boleh menyebabkan tindakbalas berlaku. Hasilnya, bawang juga akan kelihatan lebih segar ketika ingin menggunakannya di dalam masakan.