Sejak pandemik melanda, amalan penjagaan rumah yang bersih dan sihat amatlah penting bagi memastikan seluruh penghuni rumah dan ahli keluarga sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, amalan ini boleh menjadi satu tugas yang sukar lebih-lebih lagi bagi anda yang perlu membahagikan waktu antara kerjaya dan keluarga, sudah tentu ia memerlukan tenaga dan keupayaan yang maksima untuk melaksanakan kesemuanya dalam satu masa.

Bercakap mengenai rumah bersih dan bebas pencemaran, ia bukan sekadar kotoran fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, ia juga merangkumi udara dan habuk yang tidak bersih yang memasuki rumah melalui tingkap dan pintu terbuka. 

Jadi untuk memastikan rumah atau ruang peribadi anda sihat, bersih dan selamat, Samsung baru-baru ini telah melancarkan sebuah produk pintar untuk rumah yang dikenali sebagai Samsung Bespoke Cube Air Purifier.

Persepsi Awal Untuk Samsung Bespoke Cube Air Purifier

Bagi yang tidak mengetahui, Samsung Bespoke Cube Air Purifier merupakan sebuah penapis pintar keluaran Samsung yang direka untuk memberikan kemudahan kepada kehidupan di rumah bagi setiap individu.

Membawakan rekaan yang moden, kami boleh katakan bahawa Samsung Bespoke Cube Air Purifier merupakan pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai pelengkap hiasan dalaman rumah. Khususnya individu yang mementingkan gaya dan paparan yang minimalis untuk setiap sudut di setiap ruangan.

Jika anda lihat, reka bentuk kiub yang ditampilkan pada penapis pintar ini kelihatan hampir sama seperti peti sejuk mini. Cuma, tidak digunakan sebagai tempat penyimpanan makanan dan minuman, Samsung Bespoke Cube Air Purifier menawarkan ciri dan fungsi yang diperlukan oleh kebanyakan rumah bagi menikmati udara yang berkualiti.

Namun, untuk mengetahui sama ada Samsung Bespoke Cube Air Purifier ini benar-benar penapis pintar yang perlu anda dapatkan untuk rumah atau sebaliknya, Tajria hari ini akan berkongsi pandangan kami sepanjang penggunaan.

Pengalaman Menggunakan Samsung Bespoke Cube Air Purifier

Pertama kali Tajria membuka kotak Samsung Bespoke Cube Air Purifier, ia seakan memberikan pengalaman yang baru terutamanya apabila anda sudah biasa dengan rekaan penapis udara yang lebih besar dan tinggi.

Disebabkan saiznya yang tidak besar, maka ia mudah untuk diletakkan di kebanyakan ruang sama ada di lantai ataupun di atas kabinet. Cadangan kami, tempat terbaik untuk meletakkan penapis udara Samsung Bespoke Cube Air Purifier adalah di kawasan tidak terlalu tinggi dan berhampiran dengan zon pernafasan anda.

Untuk pengetahuan anda, semakin dekat unit dengan kepala anda, semakin pendek jarak udara bersih yang perlu dilalui sebelum ia sampai kepada anda. Oleh itu, di dalam bilik tidur, anda boleh menempatkan Samsung Bespoke Cube Air Purifier berdekatan dengan katil. Sementara di bilik kerja pula, susunkannya di kawasan sekitar kerusi tempat anda bekerja.

Pada tempoh awal pengendalian Samsung Bespoke Cube Air Purifier, ia boleh dikatakan hampir tiada sebarang masalah kerana ia tidak memerlukan pemasangan semula yang kompleks. Anda hanya perlu menyusun penapis-penapis yang tersedia di dalam kerangka dan pasangkannya berdasarkan panduan di dalam manual.

Adakah Samsung Bespoke Cube Air Purifier Besar Dan Berat?

Jawapannya, tidak berat walaupun ia menampilkan saiz kerangka yang agak besar.

Mengapa sedemikian? Ia mungkin peranti ini diperbuat daripada binaan plastik premium yang menjadikannya lebih ringan selain memberikan rupa paras yang lebih minimalis serta mudah untuk dijaga.

Bukan itu sahaja, selari dengan nama pintar, peranti ini turut hadir dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk mengawal peranti pada bila-bila masa yang dikenali sebagai menggunakan SmartThings. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah muat-turunnya ke telefon pintar atau tablet anda dan kemudian tetapkan Samsung Bespoke Cube Air Purifier ke dalam akaun anda.

Apakah Teknologi Yang Digunakan Samsung Untuk Penapis Udara Terbaru Mereka?

Untuk model Samsung Bespoke Cube Air Purifier, ia membawakan teknologi WindFree dari Samsung yang sebelum ini telahpun digunapakai pada beberapa produk termasuk penyaman udara Windfree Premium Plus.

Dengan kehadirannya, ia dapat memastikan udara disebarkan dengan senyap serta menjadikan ruangan terasa sejuk tanpa menala angin langsung yang tidak menyenangkan pada kulit anda. Ia juga menawarkan 4 mod berbeza yang boleh dipasang secara automatik dengan cara menganalisis keadaan bilik dan corak penggunaan pengguna melalui sensor udara mikro.

Berdasarkan percubaan Tajria, Samsung Bespoke Cube Air Purifier mengeluarkan udara yang bersih dari tiga arah iaitu kiri, kanan dan atas. Jadinya, penyebaran udara dapat dilakukan secara menyeluruh tanpa memfokuskan kepada satu bahagian sahaja.

Manakala untuk udara kotor pula, ia diserap masuk dari lima arah berbeza sebelum disterilkan menggunakan penapis pengumpul habuk hibrid. Dengan adanya ciri ini, Samsung Bespoke Cube Air Purifier dapat membasmi sehingga 99.9% bakteria di udara menggunakan teknologi sinar ultra ungu.

Tidak hanya itu, ia turut menapis partikel di udara dengan saiz PM10/2.5/1.0 serta boleh mengesan kewujudan ammonia dan benzin.

Bagaimanakah Cara Pengendalian Samsung Bespoke Cube Air Purifier?

Di samping itu, Samsung Bespoke Cube Air Purifier turut mempunyai penunjuk kualiti udara masa bewarna yang berbeza iaitu biru, hijau, kuning dan merah. Apabila penapis udara berkenaan mendapati kualiti udara di dalam bilik adalah baik, ia akan secara automatik menyahaktifkan penapis udara menerusi pemasa yang telah ditetapkan.

Tahap PencemaranMaklumat Kualiti Udara
Sangat Teruk (Merah) PM10: 151 atau lebih
PM2.5/PM1.0: 76 atau lebih
• Tahap Pencemaran Udara: 4
Teruk (Kuning)• PM10: 81 – 150
• PM2.5/PM1.0: 36 – 75
Tahap Pencemaran Udara: 3
Sederhana (Hijau)PM10: 31 – 80
PM2.5/PM1.0: 16 – 35
Tahap Pencemaran Udara: 2
Baik (Biru)PM10: 30 and below
PM2.5/PM1.0: 15 and below
Tahap Pencemaran Udara: 1

Tidak ketinggalan, motor elektrik yang disertakan juga mampu berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Pada masa sama, penapis udara ini turut diiklankan dengan ketahanan mencapai 2,800 jam lamanya.

Benarkah Mudah Untuk Menukar Dan Menggantikan Penapis Yang Telah Kotor?

Proses penukaran dan penggantian penapis boleh dikatakan agak mudah. Samsung Bespoke Cube Air Purifier hadir dengan ciri yang akan memberitahu anda apabila tiba masanya untuk menggantikan penapis yang telah digunakan untuk tenpoh yang lama.

Jika anda mendengar bunyi bip dan penunjuk penggantian penapis mula menyalakan lampu semasa produk sedang digunakan, maka telah tiba waktu untuk menggantikan penapis.

Secara amnya, penapis penyahbauan dan pengumpul habuk akan bertahan antara 6 bulan hingga 1 tahun, jika penapis udara digunakan setiap hari. Walau bagaimanapun, jika penapis telah mengeluarkan bau, maka ia harus diganti lebih awal.

Siri Bespoke dilancarkan oleh Samsung bagi menawarkan produk yang lebih premium. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, Samsung Bespoke Cube Air Purifier kini ditawarkan pada harga yang mampu milik iaitu RM3199 sebuah.