Carian
Koleksi Gucci x Adidas – Perkenal Payung Dengan Motif Retro Yang Berharga Sekitar RM7,190
May 18, 2022 Lina Rosli

Menggabungkan dua jenama mewah di bawah satu koleksi, Gucci X Adidas nampaknya akan menjadi antara kolaborasi yang paling ikonik untuk tahun ini.

Menurut laman rasmi Gucci, koleksi baharu mereka ini akan mula dilancarkan secara atas-talian dan juga di kedai terpilih bermula 7 Jun 2022. Ia menampilkan konsep yang membawa anda mengimbau kembali rekaan popular pada masa lampau iaitu estetik retro.

Menerusi gambar yang telah dikongsikan di dalam Lookbook Gucci X Adidas, ia membawakan variasi pilihan rekaan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dipadankan juga dengan set penggambaran yang berwarna-warni, ia menjadikan koleksi ini kelihatan sangat unik di samping masih mengekalkan identiti untuk kedua-dua jenama.

Bagi Tajria sendiri, antara rekaan yang menarik perhatian kami di dalam koleksi ini adalah gabungan rekaan tiga jalur putih Adidas bersama-sama dengan jalur Gucci merah dan hijau. Ia bukan sahaja membawakan aura klasik yang elegan tetapi juga menjadikan keseluruhan gaya kelihatan lebih versatile yang boleh dipakai di dalam kebanyakan acara.

Sekiranya anda meminati motif yang lebih berani, Gucci X Adidas turut hadir dengan corak seperti Adidas Trefoil, monogram GG dan juga Horsebit.

Selain daripada pakaian, antara produk yang turut menjadi bualan ramai adalah payung istimewa iaitu adidas x Gucci sun umbrella yang dijual pada harga sekitar RM7,190.

Komen