Volvo Car Malaysia mula memperkenalkan rangkaian kuasa hibrid (PHEV) Plug-In Recharge baharu yang mana akan digunakan pada semua model Recharge T8. Melaluinya, prestasi bateri yang lebih tahan lama dan kelancaran pemanduan dijangka akan lebih tinggi.

Untuk pengetahuan anda, berbanding model rangkaian kuasa terdahulu, kapasiti bateri jarak jauh telah dipertingkat kepada 18.8kWj daripada 11.6kWj. Melaluinya, pengguna dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih tenang dan selesa di samping memandu pada mod elektrik tulen menghasilkan perjalanan yang lebih bersih tetapi juga menggalakkan pelepasan karbon yang lebih rendah.

XC60 Technical cutaways of powertrain/battery

Selain itu, rangkaian kuasa hibrid (PHEV) Plug-In Recharge baharu ini juga turut menawarkan kuasa elektrik tambahan sebanyak 462hp. Hasil daripadanya, jarak pemanduan kereta akan lebih jauh iaitu antara 70 hingga 90km jika dibandingkan dengan yang sebelumnya iaitu sekitar 40 hingga 49km.

Antara model yang terlibat untuk pemasangan rangkaian kuasa baharu ini termasuklah; Volvo XC90, S90, XC60, S60 dan V60.

Di samping ciri baharu dan dipertingkatkan, Volvo Car Malaysia akan melaraskan harga semua kenderaan mereka mulai 1 Mei 2022 dan seterusnya. Pelarasan harga akan bermula dengan model semasa Volvo iaitu XC40 T5, XC40 Recharge T5, XC60 B5 dan XC90 B5 manakala barisan baharu siri 90 dan 60 akan dijual pada titik harga baharu selepas dilancarkan.

Untuk butiran lanjut mengenai Recharge Plug-In Powertrain baharu dan pelarasan harga kereta, pelanggan boleh menghubungi mana-mana pengedar sah kereta Volvo atau mengikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram untuk lebih kemas kini.